OOO

Selasa, Mac 05, 2013

Meatball IKEA Tak Jual Lagi Di Malaysia Buat Sementara (Telah Dijual semula pada 8.3.2013)

Gempak kan..ala buat sementara waktu ajer

Disebabkan skandal  DNA daging kuda yang di jumpai dalam sample meatball, peruncit perabot No.1 Dunia, IKEA telah memberhentikan hampir kesemua jualan bebola daging dari rangkaian kafeteria gudangnya di Eropah, selepas ujian di Republik Czech pada Isnin mendapati terdapat kandungan daging kuda dalam produk berkenaan. 


Dalam berita di TV9 pukul 8.00 malam tadi, jualan meatball di IKEA Damansara juga telah di hentikan buat sementara waktu di sebabkan skandal ini. Pengurus Store IKEA Damansara  berkata bahawa tindakan itu di ambil walaupun yakin bahawa 100% produk bebola daging di IKEA Malaysia di perbuat dari daging lembu yang di import dari Australia dan di sahkan HALAL.  Bebola daging semuanya di hasilkan di sini.  Bila tak jual meatball ..agak lapang gak cafeteria disitu

Sampel meatball  telah dihantar untuk di periksa untuk DNA Test dan akan mula di jual semula selepas keputusan DNA di terima.  Langkah ini di ambil  demi memuaskan hati semua penggemarnya.

Peminat meatball IKEA kenalah tunggu keputusan tu yer..:)

Status Terkini

IKEA Malaysia, mengumumkan hari ini bahawa bebola daging akan kembali di Restoran IKEA dan Kedai Khas Makanan Sweden mulai esok, Jumaat, 8 Mac.


Meatball IKEA telah di jual semula hari ini setelah keputusan DNA bahawa  bebola daging tempatan mengandungi hanya daging lembu dan tidak mengandungi daging kuda oleh makmal  bebas di Malaysia.  

Bebola daging IKEA disahkan halal dan dihasilkan di Malaysia. Untuk meraikan bebola daging yang dijual semula, IKEA Malaysia akan menjualnya pada harga 20 sen sebiji, untuk satu hari sahaja pada 8 Mac,wah dah tentu beratur panjang peminat setia meatball IKEA.


Sila ke FB IKEA yer
 


16 ulasan:

  1. Tak pernah lagi makan Ikea Meatball ;)

    BalasPadam
  2. hahhh!..ikea mesia pong ada kuda kah?..aiyoyo..mintak2 xde..

    BalasPadam
  3. la ye ker....br berangan nak pg weekend ni...hurm,mmm xde rezeki

    BalasPadam
  4. dah lama x makan meatball ni... huhuh

    BalasPadam
  5. Baru je mkn minggu lepas... Berapa ekorlah kuda yg sy mkn ni.... Huhu

    BalasPadam
  6. Kuda tak boleh makan ke? Keh3...

    BalasPadam
  7. bru je g ikea ahad lepas...member mengidam meatballs..
    sy mmg xmkn sb was2...
    tgk kat page Sahabat Halal Jakim, ada bgtau, kandungan dia ada bhn haram..
    wallahualam

    BalasPadam
  8. Xpenah lg mkn tp mmg tringin sbb ramai kta sedap sgt.so kita tggu jelah resultnya

    BalasPadam
  9. eeerr...tak silap saya daging kuda boleh dimakan...
    betolkan jika saya silap eh...
    boleh tgk kat link bawah nieyh
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_Memakan_Daging_Haiwan_Mamalia_Maun_(Mamalia_Hebivor)_Menurut_Islam
    http://bin-sahak.blogspot.com/2009/06/hukum-makan-daging-kuda.html

    BalasPadam
  10. la... baru nak pegi weekand ni, nasib baik akak bgitau awal2..thanks

    BalasPadam
  11. tak pernah makan meat ball ikea sebab dulu ada kes kan. In fact lepas Ikea kata meat ball mereka halal pun saya was was nak makan. Kuda kita leh makan kan. Katanya daging kuda ni keras......pepehal tunggu la keputusan meat ball Ikea Damansara yek...

    BalasPadam
  12. Kuah meatball tue yg sedap..meatball dia mcm sma je dgn yg lain

    BalasPadam
  13. Last week pgy x de..huhu..this week dah de ke belom yek?

    BalasPadam
  14. Kn da gtau tu..xde kndgn dgg kuda..skng da open blik..jum g mkn...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers