OOO

Khamis, Februari 07, 2013

Tahniah Blogger Masakan

Assalammualaikum semua

Internet lembap macam siput berjalan..dari pagi pulak tu...geram betul di buatnya
Seronoknya bila tenguk bila resepi dan wajah blogger masakan dipaparkan dalam Majalah Rasa bulan Mac kali ini.
Blogger masakan paling ngetop jejakan idaman malaya
 Chef Ah Mat Gebu termasuk gak dalam senarai blogger masakan kali ini.  Akak pernah ke rumah  dan merasa masakan Mat Gebu ni.  Tak di nafikan masakan beliau memang sedap.  Beliau juga pengumpul pinggan mangkuk lama...

Ramai yang teringin nak melihat muka Ah Mat Gebu..tapi malangnya gambar beliau tak pernah di pamirkan di blog..sape letak nanti kena saman dengan dia :)
 sape nak tenguk wajah beliau kenalah beli majalah ni. :)
Ct Delima pun ada..caya lahhhh..gambar masakan yang diambil pun memang menarik.  Akak pernah meminta ct mengambil gambar masakan untuk advertorial dan alhamdulliah gambar yang di ambil memang mengkagumkan.
  
 Kak Wan yang pandai memasak...pernah berjumpa dengan Kak Wan semasa menghadiri majlis perkawinan anak perempuan beliau.  Kak Wan juga mengambil tempahan untuk hantaran pertunangan dan perkawinan
Ita bersama family..akak suka ke blog ita sebab gambar masakan yang di ambil memang menarik..
 Walaupun usia Noorsha  masih muda ..dek kerana minat yang mendalam dalam mencuba pelbagai resepi masakan dan hasil gambar yang menarik..hasil tangan beliau juga di paparkan di majalah ini.  Sekarang ni noorsha mengambil tempahan pelbagai jenis masakan seperti kek dan lain-lain. 
 
Tak di nafikan yang blog mereka di penuhi dengan gambar-gambar dan resepi-resepi yang di cuba oleh mereka memang  menarik di sebabkan mereka pandai mengambil gambar masakan dan kreatif bila menghidang.  Sehingga sesiapa ke blog mereka akan merasa teringin nak buat masakan tersebut.

Tahniah buat blogger-blogger masakan yang telah menjadi pilihan bagi pihak penerbitan untuk di paparkan dalam majalah di Malaysia.

Jangan lupa beli yer.
 



20 ulasan:

  1. pehhh semua hebat2 ni!!! tahniah semua

    BalasPadam
  2. Err....terima kasih Kak Ina KL... <3 <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama mat

      nanti gi jay bee nak singgah lagi ek

      Padam
  3. whooaaa... dasat la diorang nie - siap ada slot khas untuk blogger.... anyway gambar makanan / masakan mereka memang cantik...

    BalasPadam
  4. dlm ramai2 sy rasa paling kerdil berganding ngan blogger2l popular
    .time kaseh k ina atas n3 ni ya:-)

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Tahniah Mat, CT, Kak Wan, Azlita & Noorsha....bagus dan membanggakan, gabungan blogger2 lama dan baru...semuanya mantops dr segi kebolehan memasak, mengambil gambar dan glam gitu...hehe...Caiyookk sume....alhamdulillah...syukur bertemankan kalian semua...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang gembira bila dapat berkenalan dan pot pet dengan mereka ni semua termasuk juga kamu Umi

      Padam
  7. Tahniah semua blogger masakan yg hebat2...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Ina

    Tahniah pada mereka
    Kak Ina pun apa kurangnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mualaikumsalam aaaaaaatuk (tv9)

      Bangga dengan pencapaian mereka. Akak pun bersyukur dah sampai ketahap ini

      Padam
  9. Tahniah buat mereka semua,betul kata Atuk tu, Kak ina pun hebat juga masak memasak ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak masak oklah tapi ambik gambar tak pandailah ummi

      Padam
  10. semuanya blogger masakan yg terbaikkk...

    BalasPadam
  11. Tahniah buat semua blogger masakan..saya mula belajar resepi2 hebat semua dari anda....good luck

    BalasPadam
  12. k ina KL tak de dalam list ke? iskk ini tak boleh jadi ni...

    tak per tak per nanti kite cakap dengan editor RASA tu suruh masukkan k ina ek...

    btw congrats to them

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala cik lily
      akak ni mana pandai ambik gambar cantik cam dorang..akak ni sapelah..cuma pandai pot pet ajer

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...