OOO

Ad

Selasa, Februari 05, 2013

Tak Pernah Makan Telur Ni

Assalammualaikum semua

Masa cuti hari Wilayah hari Jumaat lepas, akak sempat gi jejalan ke pantai timur..sebab hari sabtu nak gi rumah pengantin lelaki ..ikut rombongan adik beradik pengantin perempuan jiran depan umah.

Kami  singgah bermalam di Kuala Terengganu dulu...jalan-jalan cari makan.
 telur penyu di Pasar Payang Kuala Terengganu..tak tanya berapa harga se peket

Masa jejalan kat Pasar Payang ternampak  orang jual telur penyu.  Se umur hidup akak memang tak pernah teringin nak makan telur penyu ni.  Mungkin di sebabkan  mak dan abah tak pernah beli dan bagi kami rasa keenakannya seperti yang di war warkan oleh peminat telur penyu.

Telur penyu senang nak jumpa kat 2 tempat di semenanjung satu kat pasar payang kuala terengganu dan satu lagi kat pasar siti khadijah di kota bharu.
 
 Di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan

Peminat telur penyu kata..kalau rebus/masak berapa lama pun bahagian putihnya tetap cair dan kulit luarnya tetap lembik.  Dah masak cuma koyakkan sikit kulit telur penyu yang nipis tu dan makanlah ikut suka.  Akak tak taulah rasanya camner..mungkin sape yang pernah makan boleh bagi tau camner rasanya.

Sebiji penjual ni letak harga RM5.00 ...fuhyooo mahaiiinyaaaaaaaa..

Nasib baiklah anak-anak dan suami tak minat..kalau idak rabak gak poket akak.

Bila tanya Imran..nak rasa tak telur penyu ni?
Tak naklah.....kesian dengan mak dia.. (jawapan budak sekolah)


27 ulasan:

  1. ada lg jual sedangkan penyu haiwan yg dilindungi

    BalasPadam
  2. walaupun sy senang nk dpt kannya...tp sy pun tak teringin nak rasa..sbb kesian dgn mak penyu :)

    BalasPadam
  3. x pernah makan jugak...ntah apa la rasanya yer..

    BalasPadam
  4. Telur paling enak di alam semester... HiHiHi... Kalau boleh hari2 nak makan telur penyu... Buat roti canai telur penyu pun sodap... Dulu selalu makan... Kalau yang dah dijeruk pun sodap :)

    BalasPadam
  5. hehe... kesian kt mak penyu.. betul...

    BalasPadam
  6. jaa yang duk kat kelantan ni pun x pernah ada hati nak makan telur penyu ni kak. kerajaan dah larang, tapi ramai masih berdegil jual.

    BalasPadam
  7. Ye memang kesian, dah lar penyu hampir pupus. Bila kita makan dan membeli telur nie. Sama macam kita galakkan penjual menjualnya. Lama2 nanti cucu cicit kita tak kenal apa binatang nama penyu sebab tok nenek dia dok makan.

    BalasPadam
  8. Tak payah makan pun tak pe kak, nanti pupus pulak penyu kat dunia ni. Cukup lah makan telur ayam and itik jer, ok.

    BalasPadam
  9. Tak pernah makan telur penyu jugak ;)

    BalasPadam
  10. camni la telur ada colestrol yg tinggi. tak ya makan banyak banyak.so penyu tak ya pah. banyak lagi telur ataz darat ni.kesian ibu penyu.kalau telur kena curi.dan mereka sendiri risking life darintersangkut dgn jaring tangkapnikan. atau termakan plastic bag yg disangka ampai.ampai....

    salam

    BalasPadam
  11. kesian kat penyu... nanti habis waris penyu tak de kat dunia ni....

    BalasPadam
  12. kesian kat penyu... nanti habis waris penyu tak de kat dunia ni....

    BalasPadam
  13. kak saya pun tak pernah makan telur penyu...setakat telur puyuh tu pernahlah jugak...baik makan telur puyuh je...hehehe

    BalasPadam
  14. Telur di Indonesia harganya juga semakin merangkak naik Kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. telur penyu memang payah nak dapat kan blog perawatan..tu sbb mahal

      Padam
  15. Sy yg duk kelate ni pun xpernah mkn.
    Kesian kt penyu,dorang dh nk pupus.

    BalasPadam
  16. Dulu2 masa ummi kecik, telur ni muraj je, banyak pulak penyu bertelur di Rantau Abang. Sekarang dah jadi makanan ekslusif pulak. Betul kata Imran, penyu makin pupus, kesian mak dia..

    BalasPadam
  17. FD pun tak pernah rasa. dekat 7 8 bulan dah duduk kat Terengganu ni, tapi sekali pun tak merasa lagi. sedap ke ek?
    bagus lah anak akak punya jawapan. terbaik!! hehe :D

    BalasPadam
  18. Pernah sekali masuk kat pasar payang..tu pun pusing2 je..xtahu nak beli apa..hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau orang pempuan byk yang nak di beli..org lelaki memang tak lah

      Padam
  19. Patut cuba rasa sekali seumur hidup telur ni. Memang sedap. Koyak skit kulit die pastu hirup. HiHiHi. Kalau setakat 10 bijik tu rasanya habis skali makan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi moha..sampai 10 biji sekali makan..peminat tegar ni

      Padam
  20. Pernah melihat telur penyu ini. Makan tidak pernah.

    BalasPadam
  21. Dulu abah sy penah beli telur penyu ni,mama masak sy mkn je tp lembik je,ble tye mama tuh telur ape,skli mama ckp telur penyu terus rase nk muntah..tu la 1st n last time mkn telur penyu,tmbah2 pulak sy ni pencinta haiwan la ktakan,teringat muke penyu rase kesian lak..da la slalu penyu klo bertelur je mst mcm menangis an? so,my advise xpyah la mkn..kesian kat penyu2 yg makin pupus skg ni,gpon rasenye rmai org x lalu kot..skli tgk cm hingus pon ade..huu..sy ckp based on experience je..

    BalasPadam
  22. please stop buying turtle eggs.I know it's delicious and such but marine turtle are on the brick of extinction.If there is no demand then the selling will too.turtle are listed as critically endangered in the IUCN Red List and protected in CITES ,Appendix 1.Many thanks

    BalasPadam
  23. Telur penyu tu, memang ada je kat Pasar Payang.. Bukan satu je peniaga yang jual, tapi berlambak.. Cuma harga agak mahal sekarang ni, mungkin susah nak dapat kot. . Makanan eksotik ni, ada peminatnya. sebab tu permintaan masih ada. .

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers