OOO

Ahad, Mac 31, 2013

Nasi Kandar Beratur Georgetown

Assalammualaikum semua

Cuti sekolah kami gi jejalan ke Pulau Pinang..cuma Ira dan Imran yang dapat join..anak lelaki 2 orang tu tak leh join sebab tak dapat cuti.  Kat sana  pagi-pagi lagi anak buah dan kakak ipar dari Jay Bee dah jejalan dulu ke Bukit Bendera, mereka sampai dulu sebab gerak lebih awal.


 
Bila dah sampai Penang, mana boleh tak pekena nasi kandar kan..makanan wajib di cuba..anak buah akak ajak pi pekena nasi kandar beratur. 
 
Nasib baik kami sampai awal..tak payahlah beratur panjang camni..ada orang kata pernah beratur dekat 40 minit baru dapat rasa masakan kat sini.
Nasi Kandar Beratur terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling dan berada betul-betul di sebelah Masjid Kapitan Keling dan berhadapan dengan deretan kedai emas di Jalan Masjid Kapitan Keling. Bagi memudahkan anda untuk ke sana, anda boleh menggunakan Lebuh Chulia untuk menuju ke Jalan Masjid Kapitan Keling dan seterusnya sampai ke Nasi Kandar Beratur - See more at: http://www.klurbanite.com/nasi-kandar-beratur-resipi-original-semenjak-tahun-1943/#sthash.zvYeIyeB.dpuf
 
Masa sampai peniaga belah siang baru nak kemas nak balik ...peniaga belah malam baru nak keluarkan masakan mereka.nasib baik kami sampai awal dekat pukul 10.00 malam. Jangan duk kat kerusi/meja peniaga belah siang..mereka akan angkat semuanya..kita kena tunggu peniaga belah malam letak kerusi/meja baru boleh chop/duduk.

Taukeh/tukang masak siang dan malam adalah orang yang berlainan.. dah tentulah resepi nasi kandar/lauk pauknya berbeza dari segi citarasa. 
Semua pakat ambik ayam goreng yang sedap padahal cuma goreng ajer. Ada yang ambik lauk sotong dan kambing ..sedap weii..tak pedas cam kari yang biasa kita masak. Rasa berbaloi sape yang beratur nak pekena..
Semua gambar akak cilok dari fb anak buah sebab kamera kong..tak ada bateri..hb sempat borak dengan cina kl..yang dah 2 kali pekena nasi kandar kat sini.
Bila nak balik..masih ramai lagi yang beratur..jangan lupa pi sini tau..harga pun tak mahai cam kat kl.  Pastikan datang awal sikit tau..kalau idak lamalah beratur sampai lenguh kaki sebab yang tukang buh lauk dan kuah tu cuma sorang ajerk..

Jalan Masjid Kapitan Keling ni banyak kedai jual barang kemas termasuklah kedai emas Habib tu.  Kalau nak beli barang kemas kena datang belah sianglah.

Nasi Kandar Beratur
Restoran Liqayat Ali, 
98 Jalan Masjid Kapitan Keling,  
Pulau Pinang.

Dibuka dari 10.00pm-9.00am

GPS: 5.416815, 100.337582

8 ulasan:

  1. lama x pekena nasi kandar..
    nyum nyum

    BalasPadam
  2. Kat Nilai, N9 pun ada nasi kandar, beratur panjang giler..memang sedap!!!!..Nk pg pulau pinang jauh plak..

    BalasPadam
  3. mcm best je..nnti balik penang nk ajak family pegi la..hee

    BalasPadam
  4. dah lama tak jejalan ke Penang..dan dah lama tak makan nasi kandaq =)

    BalasPadam
  5. sedapnya...bila la nak smpai penang ni..

    BalasPadam
  6. Wahhhh sdpnyer kak, bile la agknyer bole smpai ke penang lg..

    kt2 cni pyh gak nk jumpe nsk kndr yg sdp n kaw2 cm kt penang..eheee

    BalasPadam
  7. ohhh...tak pernah pekena nasi kandar beratur nie...kena sabar tahap gaban kalau beratur panjang...pernah gi Penang berpusing-pusing nak cari jalan ke Bukit Bendera...tapi tak jumpa...pusing-pusing situ gak...haha...

    BalasPadam
  8. sedapnya! rindu plak nasi kandar Penang. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers