OOO

Sabtu, Mac 23, 2013

OH MY ENGLISH! KEMBALI UNTUK MUSIM KEDUA DI ASTRO TVIQ & MUSTIKA HD


Oh My English! (OME!)   kembali lagi.  Rancangan ini boleh menyaksikan tayangan musim kedua pada setiap hari Ahad jam 7.30 malam, bermula daripada 31 Mac di  Astro TVIQ (saluran 610) dan untuk definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD (saluran 134). 
 Persembahan Pembukaan Dari Pelajar Sekolah Wawasan
Rancangan ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memperbaiki pertuturan dalam Bahasa Inggeris melalui pendekatan 360 darjah pelbagai medium yang merangkumi siri TV Oh My English!, butang merah interaktif di alat kawalan jauh Astro, video klip pendek, laman sesawang, permainan, bengkel pembelajaran di sekolah, majalah ilmiah, kapsul radio, laman media sosial dan banyak lagi.
 Tarian Jaiho
Yasmin Megat, Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro berkata “Astro sangat komited dalam menawarkan pengisian pendidikan berkualiti tinggi dan pembelajaran menyeronokkan yang meliputi kesemua platform kami, dari Astro TV ke perkhidmatan satelit percuma NJoi sehinggalah Astro-on-the-Go untuk memperkaya ilmu rakyat Malaysia dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat. Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama sekali lagi dengan Kementerian Pendidikan bagi membawa pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dalam Oh My English! merentasi sekolah-sekolah di Malaysia.” 

 Nyanyian My Family (Lagu Sayang)
Oh My English! dilancarkan buat kali pertama pada Mei 2012 dan telah menerima sambutan dan sokongan yang luar biasa bagi sebuah program pendidikan. 

Oh My English! Musim Pertama telah mencatatkan jumlah penonton televisyen seramai lebih daripada 3.6 juta, lebih 8.4 juta menontonnya di YouTube dan terdapat 430,000 peminat di Facebook. Selain itu, rancangan ini merupakan rancangan yang paling banyak ditonton di Astro-On-The-Go sambil turut menarik ramai pelawat ke laman sesawang pendidikan Oh My English!.
 Pelakon-pelakon Oh My English! Musim Kedua dengan Encik Henry Tan (Ketua Pegawai Operasi, Astro), Yang Berbahagia Datuk Dr Amin bin Senin (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) & Cik Putri Yasmin Megat Zaharuddin (Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak, Astro) di pelancaran OME! Musim Kedua di Sekolah Wawasan
 
Oh My English! Musim Ke-2 yang menampilkan 20 episod serba baru dah tentu para peminat siri ini pasti teruja dengan penampilan kembali karakter-karakter kegemaran mereka daripada kelas 3 Merah  seperti Jibam (Akhmal Nazrin), See Yew Soon (Roax Tan), Shafiq (Aedy Ashraf), Azlin (Izara Aishah), Mazlee (Md Zhafir Muzani bin Mohamad), Anusha (Kaameshaa d/o Ravindran),  Farouk (Amer Sharrif bin Rashid).

Tidak dilupakan guru-guru yang mendidik mereka di dalam rancangan ini seperti Mr. Henry Middleton (Zain Saidin), Pn Hajar (Adibah Noor), Encik Salleh (Harun Salim Bachik) serta juga Mr. Os yang memegang watak sebagai tukang kebun sekolah, Pak Sham yang akan kembali menggamatkan suasana.
Pemenang ABPBH, Aaron Aziz  sebagai Cikgu Malik iaitu seorang guru Pendidikan Jasmani yang juga merupakan jurulatih pasukan bola sepak sekolah tersebut. Untuk menambahkan lagi keseronokan sesi pembelajaran, Tiz Zaqyah juga akan turut membantu sebagai Cikgu Ayu, seorang guru Bahasa Melayu yang baru di sekolah itu. 

Syafie Naswip, pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM25, akan memegang watak sebagai seorang pelajar nakal bernama Azlan manakala pelakon yang semakin meningkat naik, Iezahdiyana sebagai seorang pelajar baru yang ceria bernama Hani.  


tarian zapin dari Gemersik Tarik (Astro Ceria's Superstar Champion)
Para peminat siri ini juga pasti akan lebih teruja dengan penampilan khas ramai lagi selebriti popular. Lisa Surihani dan Rozita Che Wan akan membuat penampilan sekali lagi dalam rancangan ini atas permintaan ramai. Dalam musim kedua ini, Datuk Aznil Haji Nawawi, Nur Fazura, Rykal, Joe Chang, Gabriella Robinson, Yus Jambu (Raja Lawak) dan penyampai radio hitz.fm iaitu Jin dan Ryan akan turut memeriahkan lagi sesi pembelajaran Oh My English!


Kepada para peminat yang ingin mempelajari ilmu Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam, sila layari laman sesawang Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my. Selain itu, bagi sesiapa yang ingin menjadi sebahagian daripada komuniti pembelajaran Bahasa Inggeris terbesar di negara ini boleh menyertai www.facebook.com/ohmyenglish atau www.twitter.com/oh_my_english.

Seiring dengan pelancaran Oh My English! Musim Kedua, pihak Astro telah pun menyediakan beberapa aktiviti eksklusif. Program ganjaran kesetiaan Astro, Astro Circle ingin menjemput para pelanggan Astro ke tayangan perdana Oh My English! Musim Ke-2 bersama dengan barisan pelakonnya. Untuk mengetahui cara memenangi jemputan eksklusif ini, layari laman sesawang www.ohmyenglish.com.my. Tarikh tutup penyertaan adalah 24 Mac 2013.


 Pelakon-pelakon Oh My English! Musim Kedua dengan pelajar-pelajar Sekolah Wawasan

Bukan itu sahaja, para peminat juga boleh menonton “Di Sebalik Tabir” istimewa Oh My English! Musim Ke-2 pada hari Ahad, 24 Mac jam 7.30 malam di Astro TVIQ (saluran 610) dan Mustika HD (saluran 134). Sebagai persediaan untuk kedatangan musim kedua, TVIQ akan menayangkan kembali Oh My English! Musim Pertama secara berterusan pada 30 & 31 Mac, pukul 10 pagi – 10.30 malam. 

Oleh itu, para peminat berpeluang untuk menonton kembali mana-mana episod yang tidak sempat ditonton daripada musim pertama. Ini diikuti dengan tayangan perdana Oh My English! Musim Ke-2 pada hari Ahad, 31 Mac jam 7.30 malam di Astro TVIQ (saluran 610) dan Mustika HD (saluran 134). Musim kedua akan terus bersiaran pada setiap hari Ahad jam 7.30 malam pastinya di saluran Astro TVIQ dan Astro Mustika HD.


Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

6 ulasan:

  1. Saya pon suka tengok racangan ni. Banyak manfaat

    BalasPadam
  2. Ank2 dh tak sabar tggu...semua plakon ngetop2

    BalasPadam
  3. anak2 tengok kak ina .. memang suka .. kadang2 tergelak juga kita yg dewasa ni pun

    BalasPadam
  4. mesti ramai orang suka tengok ni.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...