OOO

Sabtu, Mac 02, 2013

Resepi Shepherd Pie Daging

Assalammualaikum
 
Kalau virus R banyak memang rajin buat macam-macam..kalau virus M banyak tenguk dapur pun malas.  Shepard pie ni macam-macam cara orang buat..ada yang letak inti daging macam-macam jenis bahan.  Akak buat yang simple ajer.

Bahan-bahan
5 biji ubi kentang-buang kulit
1/2  cawan susu segar

2 sudu besar butter - dalam suhu bilik

1 sudu teh serbuk lada sulah
sedikit oregano kering

garam secukup rasa
 
Rebus ubi kentang sampai empuk.
Toskan dan masukkan dalam bekas yang sesuai dan lenyek sehingga lumat.
Masukkan susu sikit demi sikit dan gaul sampai kentang lembut.
Masukkan butter, garam, lada sulah dan oregano dan kacau sebati.

Pastu siapkan pula inti daging pula

 
Bahan-bahan
500gm daging kisar
1 biji bawang holland-potong dadu
1 tin kecil sos pasta cendawan kimball/prego
sedikit garam
minyak zaitun secukupnya

Cara-caranya
1.  Tumis bawang holland sehingga layu dan masukkan daging kisar.
2.  Biarkan air daging kering pastu masukkan pula sos pasta, sedikit air dan  garam.
3.  Biarkan sehingga kering sedikit dan sejukkan.
Kalau ikutkan resepi asal tak letak keju..akak letak keju mozzarella dan keju parmesan.
Masukkan adunan kentang ke dalam ramekin.
Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. 
 
 Taburkan keju mozarella dan parmesin.
 
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu180C selama 25-30 minit atau sehingga bahagian atasnya keperangan.
Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam.

11 ulasan:

  1. nampak menyelerakan...makan panas2 memang sedap ni...thanks share kak ina

    BalasPadam
  2. Sng jgak nak buat..tgal vutamin r ke m je kan kak?hihi

    BalasPadam
  3. Fuuuh sedapnyer.. kalau balik kg kena hadap blog kak ina nih.. kat kg senang semua bahan2 ade & blog Kak Ina mcm2 resepi ade.. :)

    BalasPadam
  4. emmmm... terliur pulak deno tengok pai waktu mlm2 ni... dah la kena puasa... esok deno ke hospital untuk blood test lagi sbb khamis ni jumpa doctor.. doakan resilt deno ok dan SLE tidur ya? :)

    BalasPadam
  5. sungguh menggiurkan kak Ina...hmmmm lama sy x jln2 kat belog akak neh hehehe....nanti if free...nak try bt shepherd pie kak ina neh

    BalasPadam
  6. Hmmm..sedapnya!..salam kak Ina, sy dtg ziarah dan blogwalking..salam perkenalan dari saya..::)-

    BalasPadam
  7. fuuuuhhh... pie daging... pheewiit.. sedap nampaknya!

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kakina..wah sedapnya rasa mcm nak try buat jer tapi x tahu bila ada masa...:)

    BalasPadam
  9. nyums! MIL saya pun suka buat Sheppard's pie. tapi dia punye inti ayam, and dia layer dgn macaroni :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...