lazada

Lazada Malaysia

Jumaat, Mac 08, 2013

Resepi Tepung (Batter) Goreng Cempedak Ranggup


Assalammualaikum semua

Dah minum petang ker belum?  Bila musim cempedak akak suka buat dari beli sebab puas makan.  Kalau beli 1 biji 50 sen..kat umah akak kalau anak-anak ada mau kena dekat 50-60 biji baru puas makan.  Baik beli sebiji buah cempedak yang besar pastu goreng ..tapi tulah kadang-kadang sakit hati gak beli cempedak ni..kadang-kadang beli mahai berbelas hinggit tapi bila bukak cuma ada sikit ajer isi.  Sekarang kalau beli orang kata kena beli yang berat baru banyak isi.  Resepi akak ambil dari blog  hana
 
Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur - size kecil
  • 1 sk gula
  • 1/4 sudu kecil air kapur - jgn terlebih nanti pahit
  • serbuk kunyit @ pewarna kuning
  • 1 cawan air
  • garam
  • keledek atau pisang atau pilihan yang disukai



Cara-cara

  • Satukan semua bahan kecuali keledek@pisang ke dalam blender. Blend lebih kurang 2 minit sehingga semua sebati.
  • Tuang ke dalam mangkuk. Sementara itu panaskan minyak.
  • Uji kepanasan minyak dengan merenjiskan adunan tepung ke dalam kuali. Bila berdesir maknanya sudah cukup panas.
  • Celupkan keledek@pisang ke dalam adunan. Goreng hingga keperangan.
  • Angkat dan toskan. Sedia dihidang.

8 ulasan:

  1. pernah guna cara ini, memang rangup..wah sedapnya cempedak..

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/03/tiada-makanan-banyakkan-susu-ibu-amaran.html

    BalasPadam
  2. oo...slama ni g cmpo dgn gandum. ptutla x jd2

    BalasPadam
  3. wah.... boleh cuba ni kak.... terima kasih! emmm... sedap2... deno mmg suka cempedak tp tak bleh mkn banyak... huhu:)

    btw akak, ada berita gembira deno di hospital semalam.. hehe ^_^

    BalasPadam
  4. ad x yg rebus punya.. sbb ad heater je kat rumah.. heheh

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kakina...sedapnya cempedak goreng tu...:)

    BalasPadam
  6. Sekarang ni nak makan pisang pun susah.mmg sdp guna resepi tu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers