OOO

Jumaat, Mac 01, 2013

Sistem tol

Assalammualaikum

Terima kasih kepada yang sudi join contest akak yang berlangsung selama sebulan.  Banyak gak penyertaan yang menarik hati ..insyallah akak akan umumkan keputusannya yer.
Tol bukan sebarang tol..tol ni cuma ada di majlis perkawinan orang selatan cam Melaka dan Johor.  Bagi akak acara ni dah pernah tenguk dari akak kecil lagi.  

Jadi akak dah tau yang tol ni cuma gurauan dan untuk memeriahkan lagi sesuatu majlis perkawinan.


Bila bersuamikan orang Johor..lagi banyak dapat tenguk tol camni..yang best sebab saudara mara dan adik beradik sibuk menghalang perjalanan mempelai bermula dari pintu masuk rumah zaman dulu ataupun dewan.
Bagi orang yang tak biasa dengan tol ni ..terutama dari Pantai Timur dan Utara mesti merungut kata acara tol ni memang menyusahkan bagi pihak mereka ...selalunya pengantin lelaki.  Al maklumlah kena siapkan banyak sampul sebelum dapat sampai ke singgahsana..selalunya 3 ataupun 4 halangan yang perlu di tempuhi.
Pengantin perempuan patut bagitau dulu tentang hal ni supaya tidak menjadi rungutan pihak keluarga lelaki..bagitau supaya letak ajer 50 sen ataupun RM1.00 setiap sampul..bagi semua penghalang.  Selalunya ereka akan terima sebab acara ni untuk suka suka kan..bukan demand nak suruh letak sampai RM20.00 setiap sampul.
Pengiring ataupun pengapit mesti pandai main peranan, lagi satu kena janji dulu dengan pengantin pempuan supaya bagitau mak andam ..jangan poyo poyo nak letak mahai yer sebab kan dah bayar upah mahai kat mereka.  Suruh letak 2 keping duit merah ajerk.
adik beradik arwah abah ..Melaka mariiii
Kalau mak andam lorat..suruh ajer suruh sesape warning sebelum tu..
 adik arwah abah..cucu lelaki sulung kawin..makcik akak ni gembira
Takut nanti pihak orang lelaki menyampah dan kata sistem tol ni menyusahkan mereka pulak sebab mereka tak faham ataupun tak suka dengan acara ini.  Nanti dari suka-suka jadi menyampah pulak.

 Sepupu dan rakan sepermainan masa kecik..wah dia dah dapat menantu secara resmi..akak kalah dah ni :)
 Semuga kedua pengantin berbahagia sehingga ke hujung nyawa.


13 ulasan:

  1. Teringat dulu masa saya nak kahwin dgn hasben saya dia pun pelik ada tol tol ni sebab dia org pahang..hihi

    BalasPadam
  2. masa majlis kawin amy dulu pun ada tol, hahah bila tengok balik gambar-gambar memang meriah,beriya-iya sedara mara kumpul dekat setiap station nak mintak duit tol hahaha siap berteka teki.

    yap betul kak ina, ni sekadar suka-suka je, memriahkan lagi suasana. nasib baik suami pun orang johor jugak, tapi masa majlsi kawin saudara di rompin pahang, diaorang ada juga main tol2 ni :)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kakina....betul tu kalau kat Johor ni sudah semestinya ada kiranya mcm wajib juga la sebabnya nak memeriahkan lagi suasana majlis...masa ni la nak bersenda gurau sesama saudara kan...:)

    BalasPadam
  4. pernah tgok coz pakcik memang duk johor coz kawin pun ngan org johor.. time anak2 dia kawin so zaza dapat la tgok.

    BalasPadam
  5. seronok tengok tol tol gini.. hahahaa cam drama lah pulak.. sekadar adat kan....

    BalasPadam
  6. Terjah belog kak ina pulak.. hehhe

    BalasPadam
  7. wahh, ramai makcik-makcik ekk..

    BalasPadam
  8. akak belah melaka kat ner....? sistem toll nie kalau belah Melaka & Johor mmg famous takut org luar tak happy jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alor gajah sukma..makcik dan pakcik byk duk kat bandar melaka

      Padam
  9. masa adik ella kawin dulu pun siap bertol-tol bagai. tapi tak da niat apa-apa .. sekadar suka-suka jer.. seronok lah tol-tol tu semua.

    BalasPadam
  10. kena standby siap2 duit tol tu kalau x kelam kabut jadinya...

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...