OOO

Ad

Jumaat, April 19, 2013

Astro Lakar Sejarah Dunia Di Sabah


Penyelam Sukarelawan Astro Kasih Cipta Rekod Pembersihan Dasar Laut Terpanjang dalam GUINNESS WORLD RECORDS™

GUINNESS WORLD RECORDS™ apabila seramai 134 penyelam sukarelawan Astro Kasih berjaya menyempurnakan selaman untuk membersihkan dasar laut selama lebih 168 jam secara berterusan, di 14 lokasi selaman meliputi kawasan sekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park, Kota Kinabalu, Sabah bermula 6 hingga 13 April 2013.

Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang mewakili Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah bersama Tun Zaki Tun Azmi, Pengerusi Astro hari ini menyaksikan upacara penyerahan sijil GUINNESS WORLD RECORDS™ untuk pembersihan dasar laut terpanjang yang disampaikan oleh Kirsty Bennet, Pengadil Guinness World Records™ kepada Dato Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro. Majlis tersebut turut dihadiri oleh para penyelam sukarelawan tempatan dan antarabangsa yang menyertai percubaan ini.



Tun Zaki Tun Azmi, Pengerusi Astro turut menambah, “Pencapaian pembersihan dasar laut selama lebih 168 jam yang diukir pada hari ini adalah sesuatu yang dapat dibanggakan oleh semua.



Dato Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata, “Atas perpaduan, semangat Malaysia Boleh dan komitmen kita untuk menuju ke arah Beautiful Malaysia, kita bukan sahaja berjaya meletakkan nama dalam GUINNESS WORLD RECORDS™ untuk pembersihan dasar laut terpanjang, tetapi juga telah berjaya meningkatkan kesedaran untuk memelihara keindahan khazanah alam semulajadi Malaysia yang akan diwariskan kepada anak-anak kita.



Kirsty Bennet, Pengadil GUINNESS WORLD RECORDS™ menyebut, “Bagi pihak GUINNESS WORLD RECORDS™, dengan sukacita saya mengumumkan bahawa Astro Kasih dan pasukan penyelam sukarelawannya telah mencatatkan rekod dunia baharu untuk pembersihan dasar laut terpanjang
 
 Setting a new a GUINNESS WORLD RECORDS™: Astro Kasih volunteer divers cheering with David Yap, VP of Community Affairs (Astro), Dato Rohana Rozhan, CEO (Astro) and Kirsty Bennett (GUINNESS WORLD RECORDS Adjudicator)

Para penyelam sukarelawan Astro Kasih dari Malaysia serta Perancis, Australia, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Lithuania, Switzerland, Hong Kong dan Belanda telah berjaya membuat sebanyak 1120 selaman di 224 lokasi selaman meliputi kawasan sekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park.



“Setelah selama 30 tahun berpengalaman menyelam, saya akui ini merupakan pengalaman yang paling memuaskan, terutamanya menyelam di tengah malam dalam cuaca ribut dan laut bergelora. Sebagai jurulatih selam yang menghabiskan kebanyakan masa di laut, saya gembira kerana dapat menjalankan peranan saya untuk alam sekitar. Tahniah Astro atas kejayaan ini” ujar Kapten Kumaran Balakrishnan.


Kakitangan Astro, Izamuddin bin Abdul Rahman turut berkongsi pengalamannya “Sebagai sebahagian daripada keluarga Astro, saya amat berbangga kerana dapat mengambil bahagian dalam inisiatif Astro Kasih ini. Pengalaman menyempurnakan selaman dan menjadi sebahagian daripada usaha ini amat berharga dan sama sekali tidak dapat dilupakan. Saya juga gembira dapat bertemu sera berkongsi pengalaman dengan penyelam tempatan dan antarabangsa lain”.



Sempena program ini juga, Astro Radio telah menjadi penyiar radio pertama yang bersiaran secara langsung dari dasar laut, dan baru-baru ini hitz.fm bersama dua orang penyampainya dari Sabah sempat berkongsi pengalaman mereka dan melaporkan keadaan semasa percubaan selaman mereka kepada para pendengar.


3 ulasan:

  1. bagusnya usaha astro ni..leh tgk coral dgn indah kalo dh bersih..hehe

    BalasPadam
  2. Wah bestnyer kalau Nurul dapat join bersihkan dasar lau tu..

    BalasPadam
  3. rajin betul diorang wat rekod ek.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers