OOO

Selasa, April 09, 2013

Kuali Kuali Cafe Cawangan P.Ramlee

Assalammualaikum semua
Kalau gi ke Pulau Pinang terutamanya yang pertama kali sampai kalau tak pegi ke Rumah P.Ramlee memang macam tak sah kan.

Rumah ini asalnya dibina pada tahun 1926 oleh bapa P. Ramlee bersama bapa saudaranya, Rejab Hussain. Rumah ini diperbaiki oleh bapa saudaranya pada zaman pendudukan Jepun dan dibaiki sekali lagi pada 1948.
Memandangkan rumah tersebut tempat tumpah darah Allahyarham P. Ramlee, maka Jabatan Arkib Negara Malaysia telah mengambil alih dan membaikinya. Walau bagaimanapun bentuk asal rumah itu masih dipertahankan. Projek membaik pulih dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang mulai November 1990 dan siap pada penghujung Oktober 1991.

Rumah tempat kelahiran Allahyarham P. Ramlee ini mempunyai sebuah bilik, ruang tamu, serambi serta dapur. Pameran dalam rumah ini meliputi koleksi asal bahan-bahan Allahyarham semasa di Pulau Pinang dan pusaka-pusaka peninggalan Allahyarham. Bahagian luar rumah mempamerkan basikal yang digemari oleh Allahyarham, pokok-pokok asal dan pohon-pohon bunga yang indah.

Alamat
Lot 2180, Jalan P. Ramlee, 10460 Penang
Tel: 604-281 7484

 sumber
Akak dah pernah pergi lama dulu dah..kak ipar dan anak-anak dia gi jejalan kat situ.
Perut akak dah berkeroncong al maklumlah sampai sini dekat pukul 12.00..akak gi makan sorang-sorang kat sini.
 Semua masakan di alas dengan daun pisang..dan di hidang dalam kuali..sesuai aaa dengan namanya.
 Ikan cencaru sumbat cili ni sedap aaa..kami ambik sorang sekor...try gak kambing, sotong dan ayam..
 

anak buah akak makan tak pandang kiri kanan..

Ira cuba laksa penang..sedap aa..
tempat jual laksa kat kedai sebelah..penjual offer buh petis ..Ira tak mau..akak pun tak biasa makan laksa buh petis.
Perut kenyang suka hati..kuali kuali cafe ni  terletak seberang jalan..bertentangan dengan rumah kelahiran P.Ramlee
Aksi kanak-kanak riang  :)

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    saya rasa pernah sekali datang ke situ...tapi lama dah..

    BalasPadam
  2. saya nampak kedai ni depan rumah p. ramlee tu kak...tapi saya tak singgah pun..sedap ye kak...next time kalau saya ke penang, saya boleh singgah kedai ni...

    BalasPadam
  3. macam menarik je tempat ni. ntah bila lah dapat ke sana

    BalasPadam
  4. tak pernah lagi rumah P. Ramlee...

    BalasPadam
  5. Salam hi...
    Terima kasih kerana sudi datang ke kedai makan kami kuali kuali kafe cawangan Jln P.Ramle.. ( Abg & K.Ipar)
    Jemputlah dtg bersama-sama keluarga menikmati selera sambil bersantai :)
    Jgn lupa cuba resepi Mak Yati di cawangan utama kami berhadapan Gama @ Komtar.
    Much Love!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...