OOO

Ad

Rabu, April 24, 2013

Mandai

Assalammualaikum

Pernah jumpa atau makan Mandai tak?
Agak pelik bila gi ke rumah biras, bila mak dia kutip kulit cempedak masa kami gi ke gerai nak beli cempedak goreng.
Makanan orang Banjar tulen yang di panggil MANDAI ataupun dalam bahasa Melayu KULIT CEMPEDAK. 
Cara buat mandai..akak tenguk gak mak biras buat tapi akak tak reti nak tulis..nasib baik jumpa kat google.
 
1- Keluarkan isi cempedak, kulitnya disiang/dibuang kulit mengerutu bahagian luar kemudian potong2 macam dalam bekas kuning.


2- Lepas cuci bersih, gaulkan kulit cempedak dengan garam lebih kurang 1/2 cawan untuk kulit sebanyak dalam gambar/ sebiji kulit cempedak.


3- Tekan-tekan / padatkan, kemudian letak sikit air panas suam. Kemudian tutup bekas, simpan dalam seminggu, lagi lama lagi bagus. Dah siap.

Cara masak
1 labu bawang besar hiris bulat
3 ulas bawang putih-hiris
1-2 biji cili -potong serong
sedikit ikan bilis
Bila hendak memasak mandai jeruk tersebut keluarkan dari balang/bekas dan cuci lagi bersih-bersih dan perahkan sehingga airnya keluar dan toskan sebentar.

Tumis bahan-bahan hiris dan ikan bilis sehingga layu dengan sedikit minyak, baru masukkan mandai dan masak sehingga airnya kering. Angkat masuk dalam bekas.

Hidangkan bersama-sama nasi panas dan lauk kampung yang lain...mereka kata sedapppppppp

14 ulasan:

  1. rasa mcm pernah makan dulu. tapi entahlah. taknak memandai-mandai mereka cerita

    BalasPadam
  2. Memang sedap...masam2, masin2, manis2 gitu...rindu nak makan, tp malas nak g carik cempedak...

    BalasPadam
  3. rasa macam pernah makan..cuma keliru dengan cara dia buat.. ke bukan yang pernah di makan? hmmm

    BalasPadam
  4. waahh..ni makanan feveret arwah nenek kami kt mersing..sejak nenek dh xder dh berkurun x makan mandai ni kak..

    BalasPadam
  5. Wahhhhh teringin nyer nk rasa, terliur D5 tgk nie Kak Ina.. Musti sedap kan.. :)..

    BalasPadam
  6. Saya pernah makan waktu belajar dekat johor dulu.. Coursemate bawa.. Masin sebab ye diawetkan? Tapi bila goreng dengan ikan bilis dan kacang dan cili, makan dengan nasi putih pun sedap..

    BalasPadam
  7. mkn ngan nasi panas sedap ni...

    BalasPadam
  8. Pernah dengar tapi tak pernah makan....huhuhu

    BalasPadam
  9. wow, first time saya dgr ni kak. thanks for sharing! btw, dia rasa ape eh? masin?

    BalasPadam
  10. first pandangan sy nmpk ianya hanya bawang goreng bila baca baru tau huhu tak penah makan lagi

    BalasPadam
  11. first time dgr mandai...

    BalasPadam
  12. waH! first time tgk tp mengancam...!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers