OOO

Selasa, Jun 11, 2013

Vote Untuk Gambar Baked Minty Beef Meatballs with Yogurt Dip Please !!!

Assalammualaikum semua

Akak ni bukanlah pakar masak..cuma boleh masak untuk keluarga tersayang.  Tapi akak sukakan cabaran..kali ni akak masukkan gambar masakan akak kat Asian Food Channel.. nak cuba nasib..mana tau ada rezeki akak. (bervangasss dulu :)

Bahasa melayu ialah Bebola Daging Lembu Pudina Bakar dengan Sos Yogurt..anak-anak akak kata sedap..kembang semangkuk akak dibuatnya.
Inilah gambar yang menjadi taruhan di website afc..kalau anda sudi bolehlah tolong vote akak  di
https://www.facebook.com/AsianFoodChannel=vote%2Cfor-647027 .(KLIK YER)
Budi baik anda akak ucapkan ribuan terima kasih.  Akak tau memang payah nak meraih vote dari anda sekelian.

Sesiapa yang nakkan resepi meatball ini..bolehlah cuba yer

Bahan-bahan


Bahan A
  • 8 - 10 tomato ceri, dibelah dua
  • ½ batang timun , dibuang biji dan dipotong kecil
  • 1  ulas bawang putih- dicincang/dikisar
  • ¼ cawan bawang- dicincang halus
  • 1  sudu kecil tepung jagung
  • 200gm daging pejal- dikisar
  • 1  sudu besar daun pudina-dicincang
  • 1  sudu besar minyak zaitun
  • ½ sudu kecil serbuk jintan putih
  • ½  Kiub Pati Ayam MAGGI Tanpa MSG, dihancurkan

Untuk Sos Yogurt (campurkan sekali dalam mangkuk)

  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1  sudu kecil jus lemon
  • 1  sudu besar dan pudina-dicincang
  • ¼ sudu kecil serbuk jintan manis
  • 3  sudu besar Nestle Yogurt Set Asli 
Langkah-Langkah Memasak

 

Gaul daging cincang dengan bawang, bawang putih, daun pudina dan Kiub Pati Ayam MAGGI Tanpa MSG dengan tangan.

Taburkan tepung jagung ke atas campuran daging cincang, gaul rata, dan guna tapak tangan anda untuk menguli bebola bersaiz duit 20 sen. 
Biarkan pada kertas timah di atas dulang pembakar selama 20 – 30 minit untuk diperap.
 
Sapu minyak zaitun pada bebola daging dan bakar dalam ketuhar yang dipanaskan sehingga 160°C selama 15-20 minit atau sehingga ia masak sepenuhnya (sehingga jus meleleh keluar daripada bebola daging dan bertukar daripada warna merah kepada coklat gelap).
Cucuk bebola daging dengan pencungkil gigi berselang dengan tomato ceri dan ketulan timun. 

Hidangkannya bersama Sos Yogurt.  Resepi ni diambil dari laman web Dear Nestle.


Tip: Selain lembu, daging kambing cincang juga boleh digunakan. 

p/s jangan lupa vote yer

10 ulasan:

  1. Vote dah... Yang ke 13 :) Goodluck sis :)

    BalasPadam
  2. terima kasih yer izuddin sudi support akak

    BalasPadam
  3. fuhyooo...cam sedap aje.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakina...wah best2 nyer ok pas ni boleh vote...:)

    BalasPadam
  5. wahh!!! nmpk best!
    ok nnt ijah tlg like hihih good luck akak :)

    BalasPadam
  6. sedapnya kak ina, dahla tgh puasa ni. thanks for sharing, pasti nak cuba!! :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers