OOO

Sabtu, Jun 29, 2013

All the best JDT !!!LUASKAN KUASAMU, JOHOR!!!

Assalammualaikum
Menjelang Final Piala FA, penyokong negeri Johor dan Kelantan tentu berkobar-kobar menunggu dengan penuh debaran pada malam esok (Sabtu).

Masa pegi ke Jay Bee kami singgah kat Stadium Larkin semata-mata nak beli baju JDT.  Semangat punya pasal.

Best betul jadi pemain bola ni kan..macam-macam mereka dapat.  Pemain terbaik pasukan Johor DT pada musim ini akan menerima ganjaran berbentuk kereta utiliti sukan (SUV) Audi Q7.

Ganjaran tersebut adalah tambahan kepada bonus lumayan yang akan diberikan kepada kedua-dua pasukan Johor sekiranya JDT memenangi Piala FA menentang Kelantan pada final, Sabtu ini 29 Jun ini.


Mengimpikan perlawanan yang menarik malam esok...tak mau penyokong kedua pihak buat hal malam esok. Dah tentu jalan ke stadium sesak teruk. 

Kalah menang itu adalah adat pertandingan.
Memang berharap penyokong kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan Semoga kita pulang dengan bermaruah! 

Pulang dengan kejayaan!

SEMUGA JDT LEBIH FOKUS,BERMAIN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH...

PENYOKONGMU SENTIASA BERADA DIBELAKANGMU MEMBERI SEMANGAT!

p/s kira cam tempe lawan budu lah ek :)

5 ulasan:

  1. dapat beli tiket tak kak Ina?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak gi stadiumlah rozuan..tenguk kat umah ajer

      Padam
  2. InshaaAllah kedua-dua pasukan dan peminat masing-masing tak akan timbulkan kekecohan. Cuma kekecewaan tu biasa bagi peminat apabila pasukannya kalah. Adat permainan, ada menang ada yang kalah..

    BalasPadam
  3. Bahangnya dah mula terasa. Kat rumah ni kompem hb kongker tv. Dia tu semua bola dia tengok. Hope perlawanan kali ni berjalan dengan lancar lah.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers