NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

ShoppingTime

Lazada Malaysia

Khamis, Jun 27, 2013

AYAM PANGGANG ISTIMEWA

Assalammualaikum

Alhamdulliah..jerebu makin berkurangan.  Kain baju yang di jemur pun dah kurang bau asap.
Akak masak ayam lagi..nak buat camner..anak-anak semua suka makan masakan ayam.

Akak blogwalking..terjumpa resepi ni oleh Dapur Mina..maaf yer mina akak ubai suai sikit ikut sukatan yang akak buat.  Akak buat seekor sebab mana cukup 1/2 ekor kat umah akak ni. 

Bahan-bahan kisar untuk perap ayam:
1 sudu kecil serbuk kunyit serbuk
1 inci halia sedikit
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari 

1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu besar ketumbar
2 batang serai yang dititik

sedikit madu
garam
perasa jika suka


Bahan tambahan
1 biji bawang holland-hiris bulat
2 biji ubi kentang russets-potong lebar
1 biji tomato-potong 6
  • Semua bahan-bahan ini di kisar halus kecuali serai.
  • Perap ayam bersama semua bahan yang lain dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.
  • Panaskan oven dan oles minyak zaitun/minyak di loyang pembakar.
  • Susun ayam dan selit serai, hirisan bawang holland, ubi kentang dan tomato.
  • Renjis/Letak 2 ataupun 3 sudu marjerin/mentega/minyak zaitun/
  • Bakar dalam suhu 180 - 200C selama lebih kurang 45 minit-1 jam (bergantung pada oven)

5 ulasan:

  1. nampak menyelerakan sekali :) saya kat rumah goreng ayam ke panggang ke suku ajer.hiks

    BalasPadam
  2. sedapnya ayam panggang kak ina..

    BalasPadam
  3. nampak menyelerakan. tapi saya confuse dengan jintan. Jintan putih dan jintan manis camner rupa dia. Boleh tak kak ina buat satu entri pasal ni. haha sorry jarang la guna jintan2 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba google ..ada gambar jintan ni..jintan manis..kasar ..jintan putih ..yang halus...harap boleh membantu yer qashmere

      Padam
  4. Boleh dijadikan sebagai menu berbuka puasa ni..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...