OOO

Ad

Khamis, Jun 06, 2013

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Kentang

Assalammualaikum semua
Hasil beli daging salai di Zaini Salai House...Daging salai ni boleh masak lomak dengan rebung, pucuk ubi  jantung pisang dan macam-macam lagi.  Kali ni akak masak dengan ubi kentang...pastu goreng ikan masin dan nasi panas..hermm

Bahan-bahan

  • 15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 600 gram daging salai
  • 2 biji ubi kentang-belah 2
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 batang serai di titik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun kunyit-disiat
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam ikut keperluan
 
Cara-cara 
1. Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai dan ubi kentang.
3. Masukkan santan cair dan hidupkan api yang sederhana.
4. Sentiasa kacau supaya tak pecah santan....bila menggelegak masukkan pula santan pekat.
5. Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit...kacau dan pastikan ubi kentang dah empuk.
6. Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.


8 ulasan:

  1. sampai sini bau daun kunyit.
    sedapnyaaaaaa

    BalasPadam
  2. Suka gak mkn ni..tapi blm prnh buat sendiri...:-)

    BalasPadam
  3. akak nk tanye..ni utk brp org mkn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3-4 orang makan

      Padam
  4. lama x makan masakan ni
    biasa makan kat kedai jer kak ina./ hehehe

    BalasPadam
  5. Entry ni buat saya rasa rinduuu sgt nk balik rumah mertua...huhuu...bila lah agaknya punya kesempatan balik nismilan :(

    BalasPadam
  6. sedapnyee... nak masak tapi xretii..huhu..boleh la ikut resepi ni nanti..


    http://akutaksunyi.blogspot.com/2013/06/vivix-shaklee-rahsia-anggun-menawan-dan.html

    BalasPadam
  7. mengancam la gambar...husbnd suka sgt daging salai msk lemak cili api....tp sya xpena buat bab xyakin....thanks for the resepi :)

    http://jumnutriblog.blogspot.com/2013/06/meal-shakes.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers