OOO

Ad

Isnin, Jun 17, 2013

Heart Shape Tuna Bun

Assalammualaikum
 
Sedap gak roti tuna camni..tiba mood rajin boleh lah buat.  Akak  ambil resepi dari Kak Wan

Bahan-bahan
200gm tepung roti (high protein)
50gm tepung all purpose
35gm gula kaster (2 sudu besar)
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu teh yis segera
40gm majerin / mentega
1/2 biji telur (ambil 1/2 dr 1 biji telur di pukul ringan, 1/2 untuk sapuan)
100ml susu cair suam

Inti Tuna
1/2 tin kecil tuna (Ayam brand)
1 tangkai daun bawang / daun ketumbar - di cincang halus
1/8 sudu teh garam
1 sudu besar mayonies
(Satukan semua dan gaul sebati)

Sapuan :  1 sudu besar susu sejat + 1/2 biji telur
Parsley kering dan serbuk lada hitam kasar untuk taburan

Cara-cara
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk pengadun kecuali susu cair. Gunakan hook dan dengan speed perlahan, gaul adunan hingga rata.
2. Tukar kepada speed sederhana dan masukkan susu cair sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli selama 8-10 minit sehingga menjadi doh yang elastik (boleh di tarik dan tidak putus)
3. Keluarkan doh dan uli dengan tangan, bentukkan bulat dan tutup dengan mangkuk besar atau plastik. Rehatkan selama 30 minit.
4. Kempiskan doh dan uli semula. Bahagikan kepada 8 bebola doh seberat 60gm setiap satu.

Ataupun guna breadmaker..cam akaklah tu
  1. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan-bahan diatas ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
5. Ambil doh dan gulung memanjang.  Potong bahagian tengah dengan bukaan huruf 'V".  Satukan kedua hujungnya bertemu di bahagian bawah potongan seperti dalam gambar.
6.  Buat hingga habis dan susun di dalam dulang yang telah di gris.  Tutup dengan plastik / tuala lembab dan biarkan selama 20 minit sehingga mengembang 2 kali ganda.
7. Sapu permukaan doh dengan kuning telur hingga rata.  Masukkan inti tuna di tengahnya, tabur dengan parsley kering dan serbuk lada hitam kasar.


 kurang menjadilah pulak..
8.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu di rak tengah pada suhu 170C selama 15-20 minit atau hingga keperangan.

Boleh di hidangkan dengan sos cili ataupun di makan begitu saja.

8 ulasan:

  1. Tak cukup heart lagi tu kak.

    BalasPadam
  2. comel hati nye kak ye..zila pun suka tuna bun..nak cikit

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak Ina

    sarapan pagi bagus tu

    BalasPadam
  4. hhmmm... sedaaapppnya kak ina..

    BalasPadam
  5. Nampak sungguh menyelerakan tu.. Home made mmg sedap ye kak..

    BalasPadam
  6. wahhh romantik nye roti ni

    BalasPadam
  7. pewitt.. love-love gitu. boleh lah fyna cuba nanti.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers