OOO

Khamis, Jun 20, 2013

Mee Kari Kerang Sedap

Assalammualaikum

Bila dah tiba hampir ke bulan puasa ni, banyak gak dapat jemputan ajak gi review buffet ramadhan.  Akak bukan tak nak pegi, kalau pegi cuma single ajer..takleh bawa suami dan anak-anak.

Tempat nak pergi tu adalah jalan yang sentiasa sesak bila orang pulang bekerja..tak kuasa akak nak tempuh kesesakan jalanraya.  Terima kasih yang sudi jemput..jika dapat pergi akak pergilah..kalau tak dapat minta maaf yer.

 
Teringin tekak makan mee kari..selalu akak buat stail akak..kali ni nak ambil resepi orang lain pula.  Akak ambil dari blog potretkasih.


Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng



Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)-hiris
Daun bawang & daun sup-hiris halus
Cili merah-hiris
Telur rebus-potong 2
Limau kasturi/limau nipis
akak tambah sayur fatt choy yang telah di rebus



Bahan Kuah:
1 kg Kerang  atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1/2 -1 cawan udang hidup kisar
2 cawan stok udang ( rebus sebenatar kepala dan kulit udang dan di  ambil airnya )
5 cawan santan (1 biji kelapa)
2  keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam secukup rasa

Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )

Cara Penyediaan Kuah
1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah, lada kisar dan biarkan naik minyak.
2. Masukkan santan dan air stok udang  biarkan mendidih sambil di kacau selalu.
3.  Masukkan setengah isi kerang yang telah di rebus, fish cake, asam keping, udang kisar dan fish ball.
4. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa barulah di padamkan api.
5. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur, kerang rebus dan bahan yang dihiris tadi.


14 ulasan:

  1. teliuqnyaa...nak buat malas..hehe

    BalasPadam
  2. resepi ni memang nampak cam sedap je kak. dengan lengkuasnya.teringin nak cuba..

    BalasPadam
  3. dari perut kenyang boleh jadi lapar balik nih kak ^_^

    BalasPadam
  4. Aduhai buat berbuka puasa ni best!!

    BalasPadam
  5. bilalah dapat merasa mee kari kak ina ni, hehe..
    Bertuah akak dapat banyak jemputan review buffet Ramadhan.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kakina...wah sedapnya tengok mee kari tu...;)

    BalasPadam
  7. teringin nak makan, susah nak jumpa org jual..nak buat tak rajin he3..

    BalasPadam
  8. menu menarik tu..
    sikit jer kuah kak ina?

    BalasPadam
  9. ala haiiii kak ina ku sayang, nampak begitu sedap sekali uwaaaaa

    BalasPadam
  10. salam kak ina fv tu mee kari..ada letak kerang lg npk terliur...

    BalasPadam
  11. Salam Kak Ina....ishhh bila tgk telan air liur Lieza dibuatnya....feberet ni kak...

    BalasPadam
  12. Salam...terliur tgk mee kari ni..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...