OOO

Rabu, Jun 19, 2013

Meriahnya Buffet Ramadhan Di Tropicana Golf & Country Resort 2013

Assalammualaikum


Akak di jemput menghadiri review Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort oleh Redmummy tapi disebabkan ada hal, akak wakilkan anak lelaki/pa/driver akak.


Dengan tema "Rasa Kampung Buffet" Tropicana Golf & Country Resort dapatlah kita berpuasa seolah-olah kita berbuka puasa di kampung di samping di hiburkan dengan persembahan ghazal bersama keluarga tercinta.
 
Harga yang ditawarkan  amatlah berbaloi-baloi kerana terdapat pelbagai menu yang tersedia disini. Kalau  beli pada bulan Jun ini, buffet ramadhan ni cuma berharga RM60++.

Untuk bulan Julai,  harganya RM70++ untuk ahli Tropicana Golf & Country Resort dan RM80++ untuk bukan ahli. Jika beli pada bulan Jun ini ianya akan berbentuk voucher. Jadi senang untuk anda menetapkan tarikh yang sesuai untuk berbuka puasa nanti.

Tropicana Golf & Country Resort ni terletak kat Jalan Tropicana, Petaling Jaya..senang ajer nak kesini..kalau tak tau boleh tenguk map google ataupun guna gps ajer.

Jom tenguk sebahagian daripada hidangan yang di sajikan..ada Warung Gulai Kawah, Warung Ah Hock  yang menyedikan Penang Fried Koay Teow sementara Warung Breakfast menyediakan pelbagai menu yang menarik seperti American Breakfast, Omelets, Scramble Eggs, Grilled Tomatoes, Sauteed Mushrooms dan pelbagai menu lagi yang menarik perhatian.

Kita pilih  ajer seafoods yang kita suka..nanti chef akan masakkan...bestnya ..penggemar seafoods kena datang ke sini..banyak pilihannya
Warung Itik panggang dan Nasi Ayam. Itik panggang ini menggunakan resepi dari Chef yang diimport dari China. Untuk anda yang takutkan status halal.
jangan risau kerana Chef ini adalah orang Muslim..bukan senang nak jumpa masakan itik di luar sana..family akak memang peminat masakan itik
Chef Hadi Kadir dan team pula menyediakan Fusion Style Beef Rendang Penne,


Nasi Kerabu bersama ulam, Ikan Panggang dan Ayam Percik, Tenpanyaki dan banyak lagi.
Ada lebih kurang 100 menu dari hidangan local, chinese, indian, japanese dan 


western cuisines yang akan di hidangkan di bahagian Coffee House, Main Lounge dan Golfer.

Meriahkan sajian makanan di sini, berbaloi rasanya jika berbuka puasa di sini kerana kalau makan kat luar pun satu hidangan dah mahal.  Sekali-sekali bawa family berbuka puasa di luar boleh mengeratkan perhubungan.

Untuk tau dengan lebih details lagi boleh mengenai Buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort bolehla hubungi 03-78048888 ext 306/309/325, 03-78041919, 014-9270501 (Encik Razak), 012-2765797 (Zainul) atau 012-6201831.

Blogger yang hadir..semua tersenyum riang..terima kasih Redmummy yang sudi menjemput kami ke sini.  Akak hantar anak akak sebagai wakil.

Berbagai pilihan beraneka rasa
Semuanya sedap mengamit selera
 Buffet Ramadhan ini harus di cuba
Bawa seisi keluarga untuk berbuka puasa


kredit pic : Mat Tiger dan Zaid












6 ulasan:

  1. Wow..menu2 dia terbayek!! Best2

    BalasPadam
  2. salam kak....

    terliurrrrrrrrr tgk mknn di atas....sedap2 belaka hihi
    akak dah x jual ke choc chip kukis kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih juallah ina hashim..tapi tak ambik banyak
      tak laratlah

      Padam
  3. Sedapnye.. selalu terfikir berbaloi tak buffet ramadhan ni . nak kejar terawih lagi . hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. liya akak tak jumpla link kamu ..sekali sekali bolehlah

      Padam
  4. Masakan memang ada rasa. Kalau yang tak merantau dibandar boleh melepas rindu berbuka puasa pada kampung halaman.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...