OOO

Selasa, Julai 02, 2013

Makaroni Goreng..Bakar..Makan

Mula-mula akak goreng makaroni ni...tapi tak habis..akak masukkan dalam bekas tahan panas , taburkan mozarella cheese dan bakar.  Alhamdulliah habis.  Terima kasih Nannie

Bahan-bahan
1 bungkus makaroni
1 paket daging kisar Ramly
1 biji bawang besar-dadu
2 ulas bawang putih-dadu
1 batang lobak merah-dadu/hiris halus 
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili - boleh tambah
4 sudu besar cili kisar
garam dan minyak secukupnya

Hiasan
daun sup/daun bawang-hiris halus
bawang goreng

* tambah atau kurangkan bahan ikut pada selera sendiri ya . Kalau mahu lebih pedas boleh ditambah lagi cili kisar atau cili api yg ditumbuk .



 
CARA MEMASAK :

  1. Dadu bawang besar dan bawang putih.   
  2. Rebus speghetti sampai empuk dan ditos . 
  3. Potong/dadu/hiris lobak merah 
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang dan kacau sampai terbit bau wangi.
  5. Masukkan cili kisar serta cili sos secukupnya dan gaul sebati.
  6. Masukkan daging kisar  dan kacau semua sehingga sebati.
  7. Masukkan lobak merah , sos tiram dan garam...biarkan sebentar.
  8. Masukkan makaroni yang telah di rebus tadi dan kacau mesra semua bahan . 
  9. Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila makaroni dah masak boleh la ditutup api .

p/s kalau tak habis leh aa di bakar yer

10 ulasan:

  1. ohoi sedapnya.nak masak malas. =D

    BalasPadam
  2. blom pernah makan makaroni bakar
    nak cuba juga lah.. cuba cari kat kedi ada kot.... hehhee

    BalasPadam
  3. aritu pernah wat bakar la kak tapi keras sgt makaroni tu...kena letak minyak/butter lagi ke sblum bakar tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. keras? pelik lah pulak amirah..kamu bakar lama sangat ataupun rebus tak lembut kot..memang sebelum bakar lenser bekas dengan minyak

      Padam
  4. Assalamualaikum ka.ina..meleleh ayaq liuq kat k.board nampak makaroni akak...huwaaaaa....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers