OOO

Isnin, Julai 08, 2013

Pernah Makan Tak Siput Bintang?

Assalammualaikum

Bila tenguk ramai orang kerumun kat satu tapak di Pasar Pagi Greenwood..akak pun menyibukkan diri mengintai apa yang penjual ni jual.  

Pelik bila tenguk satu bungkusan plastik yang berisi siput ni..tak pernah akak lihat dan cuba merasanya.
 
Teruja nak rasa siput bintang yang ada di laut, akak pun beli  sebab hb suka makan benda-benda pelik camni...satu kg RM7.00.  Bila tanya nak masak apa ek? 

Penjual suruh masak cam siput sedut....masak lomak cili api. 
Tapi akak  malas nak masak camtu...akak cuma masak simple dimple.  Buang kekotoran kat depan tu...tak payah potong hujung cam siput sedut...pastu rendam jap dengan air garam. ..toskan.

Hiris halia, bawang besar dan bawang putih.  Masukkan air hingga terendam dan bubuh garam dan daun kunyit yang di carik dan di ikat.  Biarkan sehingga masak dan bolehlah dihidangkan.

Bila nak makan kena guna pencungkil gigi tau..rasanya lebih kurang cam siput sedut..

 

kenyal kenyall gituwww..


11 ulasan:

  1. Makan yang sangat esotik. Belum pernah cuba lagi.

    BalasPadam
  2. tak penah makan lagi siput bintang ni. heheh

    selalu siput sedut aje.

    nak try jugak lahhh

    BalasPadam
  3. dah nak puaso ni
    gulai siput sodot dongan batang keladi memang terbaeklah

    BalasPadam
  4. oooo...ok2...pernah tgk tp tak pernah nak rasa beli...hehehe

    comel plak tgk, tak smpai hati nak masak...hahahha

    eh, kak ina dah try belum taufufah kat pasar greenwood tu?

    BalasPadam
  5. Pertama kali tengok siput ni, Sedap ke? Rasa ada tak macam siput sedut, Klau siput sedut memang sedap la. Tapi sukat kot na jumpa siput jenis ni, kat pasar borong area rumah pun tak pernah lagi saya jumpa.

    BalasPadam
  6. tak pernah tgk pun siput ni sebelum ni kak..

    BalasPadam
  7. tunggu kak ina belanja. haha..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum, sedap? wahh sheila tak suka makan siput sedut. leceh katanya. heee yang ni lagi tak pernah tengok selama ni. heeee

    BalasPadam
  9. wahhh siput ni mmg sedap..kbiasaannya msk lomak la..tp nk mkn leceh sket kne gune pncongkel..ehehe

    BalasPadam
  10. org tua saya x panggil siput bintang kak... diorang panggil nama lain.. tak ingat namanya... tapi kalau dibuat sambal hiris cili padi sedap betul rasanya.. liat2 gitu kan kak?

    BalasPadam
  11. Siput Bintang ni rupanya macam siput yang sering dimakan oleh orang Hong Kong. Namanya dalam bahasa Kantonis ialah 东风螺 (Tung Fung Lo). Jangan tersilap dengan siput yang dikenali sebagai Tung Fung Lo di Sabah. Yang tu, rasanya teknik pemasaran untuk pelancong Hong Kong dengan menamakan siput yang berbeza dengan nama yang biasa didengari oleh orang Hong Kong.

    Dalam bahasa Inggeris, siput ini dikenali sebagai Spotted Babylon dan spesis yang agak sama ialah Spiral Babylon. Tak silap saya, orang Thai panggil siput ni sebagai Thai Escargot, mungkin sebagai teknik pemasaran untuk pelancong dari barat.

    Saya tak pasti yang siput bintang ini ialah 东风螺 (Tung Fung Lo)/Spotted Babylon atau tidak. Saya cuma rasa yang rupanya agak sama.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...