OOO

Khamis, Julai 18, 2013

Resepi Kuih Buah Melaka

Assalammualaikum dan salam ramadan
Dulu-dulu akak buat kueh buah melaka ni tak guna tepung gandum pun..semua guna tepung pulut ajer.  Ada yang panggil onde-onde..ada yang panggil kuih kelepung.

Teringin nak rasa camner bila tepung pulut di campur dengan tepung gandum.  Akak ambik resepi dari geng masak memasak Ena

Bahan-bahan:

3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka
sehelai daun pandan
air daun pandan-mesin daun pandan dengan sedikit air dan

tos airnya
1 cawan kelapa muda parut
sedikit garam
 
Cara-caranya
Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut  di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan tepung pulut dan tepung gandum ke dalam mangkuk.

Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan.
 
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.



Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. 


10 ulasan:

  1. Assalamualaikum. wahhh rindu nak buat buah melaka ni dengan makkkkkk. sodap kan kak ina. thanks sharing resepi :))

    BalasPadam
  2. salam kak ina...baru 2 hari lepas saya buat kuih buah melaka nie...saya buat 2 cwn aje, simple buatnya....tu yg saya suka

    BalasPadam
  3. sedap jugak ni. tp saya lebih suka puteri mandi :)

    BalasPadam
  4. Assalam..
    salam kenal ye.. saya baru follow di sini.. :)
    terima kasih shared toturial nak masak nye.. sedap nampak.. nanti leh cuba.. :)

    BalasPadam
  5. Dulu, kini dan selamanya... onde2 is my fav kuih...

    BalasPadam
  6. montel2 buah melaka nya...tq share resepi =)
    done folow sini juga..salam kenal2.

    BalasPadam
  7. nanti masak lebih yer,,, bleh hantar sini sikit :)

    BalasPadam
  8. Mudah kan akak kuih nie nk disediakan dah ler mudah sedap lak tu isk isk isk sonok nyer dpt berbuka ngan kuih nie kan akak Ina :D..

    BalasPadam
  9. yap. Suka kueh ni sebab manis.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...