OOO

Selasa, Ogos 06, 2013

Ibu-Ibu Menyerlahkan Kasih Sayang Dengan Planta

Assalammualaikum semua

Sambutan Hari Raya tak bestkan kalau tanpa biskut raya buatan sendiri yang tentunya lazat terutama bila di sediakan oleh ibu tercinta.  Masakan ibu yang di masak dengan penuh kasih sayang  memang amat di gemari oleh anak-anak dan membawa keriangan dan keriangan kepada mereka.
Tapi anak-anak yatim memang tidak merasai kegembiraan dan keriangan sebegini pada sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.  Planta telah mengambil kesempatan untuk berkongsi sentuhan air tangan ibu buat anak-anak yang kurang bernasib baik di Rumah Perlindungan Al Nasuha Batu Cave melalui amal membuat kuih raya.

Bengkel amal  yang di anjurkan oleh Plantan telah diadakan selama 3 hari di Mydin Subang Jaya di mana 65 orang anak-anak yatim di beri peluang untuk merasai air tangan ibu.  Bengkel ini juga menggalakkan ibu-ibu untuk mengenang detik-detik manis dan berkongsi sentuhan air tangan ibu melalui kuih raya gi sediakan.
"Daripada perayaan hinggalah kepada hidangan seharian, Planta sentiasa menjadi sebahagian daripada resepi kegemaran kebanyakan keluarga.  Selain daripada mencipta kenangan dan detik-detik indah, kami juga ingin memberi inspirasi kepada pengguna kami untuk menyumbang kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik," kata Victor Leow, Pengurus Jenama, Kategori Makanan & Minuman, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.
 Biskut samprit dari Planta..resepi sebenar tak tau, sebab semua bahan telah di sediakan 
bagi kesempatan Ira mengadun bahan
 
 wah pandainya Ira :) 
 comei kan gaya budak kecik ni..
 rajinnyaaaaaaa
 pot pet pot pet
 Yess dah siap..nak masuk oven

 Bila dah siap..gi round kat meja orang lain pulak
nasib baik puasa..kalau idak dah kena ngappp dah :)
 Seikhlas kasih ibu, setulus sentuhan Planta
Wahai anak-anak usah bersedih
Semuga gembira dengan hasil tangan kami
 Selain dari memupuk semangat kepada ibu-ibu untuk membuat kuih raya dengan penuh sayang, bengkel amal ini turut menyaksikan wajah-wah riang dan ceria ibu-ibu apabila selesai menyediakan biskut raya.
Wajah-wajah blogger yang ceria kerana dapat menyediakan biskut raya dan juga menjadi kenangan indah membuat amal buat Rumah Perlindungan Al Nasuha di Batu Caves yang menempatkan 65 orang anak yatim berusia antara 8 bulan hingga 18 tahun. 

5 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...