OOO

Isnin, Ogos 12, 2013

Kenangan Eid Mubarak 1434H (2013)

 Assalammualaikum

Tentu masih ramai lagi yang bercuti di kampung halamankan.  Petang hari pertama kami gerak ke Segamat tapi singgah dulu rumah makcik dan adik suami di Nilai.

Bila nak gerak ke kampung, check kat waze..jalan sesak dari highway Plus dan juga kat Simpang Tiga.  Terpaksa ikut LEKAS keluar Ampangan, masuk Kuala Kelawang, Jelebu dan singgah ke Bahau untuk makan malam. 

Akhirnya sampai kat kampung dekat kul 12.00 tengahmalam sampai bapa mertua akak risau takut terjadi apa-apa kat kami.

Pagi raya kedua dapat perkhabaran anak sepupu suami meninggal di petang raya kat Kuala Klawang..kami perasan ada 2 biji keta kemalangan pada petang raya pertama masa kami lalu kat situ tapi tak taulah kat situ arwah meninggal ataupun tidak.  Ralat gak sebab dapat tau lambat dan arwah telah di kebumikan pada petang raya kedua di Kota Tinggi.  Al fatihah 

Akak dah balik ke rumah pada petang hari raya ke tiga tapi dari Kuantan sebab menziarahi sanak saudara suami di situ. 

Perjalanan dari Kuantan lepas maghrib ok tapi bila nak sampai ke Tol Gombak mulalah jalan sesak..terus gi jalan-jalan cari makan kat Sri Gombak.  Sampai kat umah dekat kul 12.00..adatlah kan bila cuti perayaan jalan kat mana-mana memang sesak.
Seronok bila semua anak-anak dapat berkumpul semula..tak lama lagi 3 orang akan berpisah  semula...rindu dengan mereka terutama dengan encik suami




Pertama kali beraya tanpa abah tersayang..mak sedih gak 
 
tapi bila melihat telatah anak, menantu dan cucu-cucu terhibur gak hati mak.
 
bersama adik beradik tersayang
 lepas solat raya kami ke kubur
Hari raya hari bergembira
Ashik makan minum dan riang gembira
Ziarah menziarahi amalan mulia
Mengeratkan silatulrahim antara kita

12 ulasan:

  1. mesti meriah thun nie..selamat hari raya~

    BalasPadam
  2. sunguh sweet la senyuman YANA tu... (hehehehe )

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri kak... :)

    BalasPadam
  4. selamat hari raya akak. takziah kepada keluarga yang meninggal tu.

    BalasPadam
  5. selamat hari raya aidilfitri akak & sekeluarga...

    BalasPadam
  6. salam syawal dr blog asam garam kehidupan

    BalasPadam
  7. Selamat Hari raya Kak Ina. Maaf zahir & Batin.. :)

    BalasPadam

  8. Salam Aidilfitri buat kak ina sekeluarga, maaf zahir batin.

    BalasPadam
  9. Selamat hari raya buat famili akak dan takziah buat sepupu yang kehilangan anak tu..semoga rohnya dicucuri rahmat...

    BalasPadam
  10. naper imran cam dah gemuk kak
    anyway slamat hari raya

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...