OOO

Jumaat, Ogos 30, 2013

Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap

Assalammualaikum

Bulan puasa tahun ni akak jarang beli kueh mueh di pasar ramadan.  Salah satu sebabnya harganya yang mahal...tapi tak salahkan penjual sebab sekarang ni  boleh di katakan semua naik di negara Malaysia tanahairku ini.
Resepi  tepung pelita ni akak ambil dari blog  Yani@myresepi.com


Bahan2 ( 12 cups - bergantung pd saiz bekas )

Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur  - jgn letak banyak, nnti pahit

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
 sedikit garam
Cara :

Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan.


NOTA: 
Sedikit tips daari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sudu besar tepung ubi. 
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sudu kecil gula pasir.

10 ulasan:

  1. As salam. Kalau tepung pelita di Klate, diletakkan gula dlm kelongsong daun pisang. Lepas tu baru adunan hijau dan putih. Jadi mmg terasa air gula di bawah sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepatutnya camtu azie..tapi tak ada daun pisang terpaksalah guna bekas ni

      Padam
  2. Kuih Tepung Pelita memang kegemaran kami sekeluarga.

    BalasPadam
  3. Ummi suka sangat ni Kak ina..

    BalasPadam
  4. wah, geram jer saya tengok resepi ni sebab macam senang bangat...

    BalasPadam
  5. kuih ni kalau kat warung2 ke pasar malam ke cepat betul habis nya..memang sedap la..ramai yang suka..

    BalasPadam
  6. ..kuih faveret esp ms bln pose..nyumm..nyumm..

    BalasPadam
  7. salam kak ina.. ni memang favorite wani jugak.. lama dah x buat

    BalasPadam
  8. Ini kuih kegemaran saya...kalau puasa tak pernah lepas. Terima kasih berkongsi resepi!

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Kak Ina

    Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 56

    Kuih kesukaan saya tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers