OOO

Khamis, September 05, 2013

Resepi Kueh Ketayap/Dadar/Kueh Lenggang

Assalammualaikum semua


Akak suka buat kueh ni...kalau buat inti guna kelapa muda putih ajer..memang mantap.  Akak pernah tepek resepi kueh ketayap ni tapi dah lama dah.

Bahan inti
  • 150 gm gula merah
  • 3 s/b gula biasa
  • 1/2 cawan air kelapa muda {jika ada}
  • ½ biji kelapa parut muda

Cara Memasak  
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.

Bahan Kulit [batter]


  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air jus pandan
  • [mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
  • 1/2 cawan santan/susu segar
  • 1 biji telur
  • beberapa titik pewarna hijau
  • secubit garam

Cara memasak


1. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
2. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
3. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
4. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
5. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
6. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
7. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina. sheila suka makan kuih ketayap ni! thanks sharing resipi. insyallah ada masa sheila try buat yeeee :)
    *sambil telan air liur*

    BalasPadam
  2. Kak agak2 malas nak campur2 tepung bagai buat durian crepe boleh kot guna bancuhan tepung akak tu, setakat nak makan anak beranak je pun, belasah jelah...

    BalasPadam
  3. sonang pun malas... hu hu hu.... thanks kak ina for the recipe

    BalasPadam
  4. Bila lihat teringatkan durian Crepe. :-)

    BalasPadam
  5. seriously tak pernah buat kuih ini, tapi saya suka pinggan tu sama macam kat rumah mak saya...hoho...

    BalasPadam
  6. kuih ni kuih peberet abang ipr... bulan puasa je wajib ada atas meja :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers