OOO

Jumaat, September 13, 2013

Resepi Makaroni Bolognese Sedap

Assalammualaikum


Salah satu menu yang menjadi kesukaan kat umah akak..senang nak buat..sedap di makan.

Bahan
400 gm makaroni  jenama kimball
Sedikit minyak zaitun
Sedikit keju permasen-untuk taburan sebelum dihidang

Caranya
1. Makaroni direbus hingga lembut  Toskan & masukkan sedikit minyak zaitun & gaul rata. Ketepikan dahulu.
Untuk sos
Bahan-bahan
500gm daging kisar
1 tin besar pati tomato (puree)
1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
3 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar
1 sudu teh oregano
1 sudu teh thyme garam (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung


Cara Untuk Buat Sos
1. Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
2. Tomato di mesin dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar dan tomato puree bersama-sama 1 tin air. Masukkan garam.
6. Masukkan juga oregano, thyme dan cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama makaroni.

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina. terliurnya saya...... huwaaa tengok makanan camni. rasa nak balik dan masak je

    BalasPadam
  2. sedapnya kak... saya suka..saya suka...

    BalasPadam
  3. wahhh ... eva na try utk hubby eva lah .. baby x blh .. kcik lg .. sdapnyee ^_^

    evadanial.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Rasanya masam-masam sedikitkan kak?

    BalasPadam
  5. Kak ina..ummi singgah..nak makan macaroni bolognaise...:)

    BalasPadam
  6. Dah lama sangat tak makan makaroni... Dulu ada masak tapi buat sup...

    BalasPadam
  7. Salam. Tergerak hati nak bertanya. Apa jenama keju parmesan yang digunakan? Sbb jenama Perfect Italiano tak de logo halal!!!

    BalasPadam
  8. yum yum...smlm mumme dinner makaroni bolognese (kuah segera) dgn anak2,ada balance terus try buat makaroni bakar utk jamuan kelas anak.selamat berhari minggu kakinakl...

    BalasPadam
  9. yummy! macaroni memang kegemaran deno! satu kelainan .. biasa deno makan macaroni cheese :)

    BalasPadam
  10. yum3..sedap nyer..rasa nk suh wife buat la esok..hahaha

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers