OOO

Selasa, September 03, 2013

Resepi Mee Udang Sedap

Akak dah pernah cuba pekena Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Taiping ..bila teringat nak makan lagi mee udang akak masak lagi kat umah.  Mee udang ni kena guna udang laut yang fresh..kali ni akak tak buang semuanya.  Masukkan ajer dalam kueh, akak ambil resepi dari blog Che' Iza@Myr

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1kg mee kuning
  • 300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
  • 4 sb lada boh / lada giling
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 sudu besar udang kering
  • *1/2 inci halia
  • 1 sudu besar petis
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • keledek / kentang yang telah direbus dan di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)-tak letak
  • gula dan garam
  • taugeh dan sawi
  • daun bawang, daun sup dan bawang goreng

Cara-cara

  1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang dan asingkan.. Air rebusan jangan buang...akak rebus asing kulit udang...pastu campurkan air udang dan kulit udang. (tak ikut step yang ni yer)
  2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing dan naik bau....
  3. Masukkan air rebusan udang dan kulit udang.. biar kuah mendidih... Akak masukkan jugak udang yang belum di kopek kulit dalam 10 ekor..sajer bagi nak bagi lagi manis...Masukkan sos tomato, sos cili dan petis... Renehkan kuah.
  4. Masukkan garam dan gula...bergantung pada citarasa masing-masing... .... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap.... 
  5. Letak keledek/kentang yang telah dilenyek untuk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sebab ada letak sos... so depend pada diri masing-masinglah eh...
  6. Celur mee, taugeh dan sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi .... tuang kuah dan taburlah dgn daun sup/bawang dan bawang goreng.....

13 ulasan:

  1. meriahnya udang ;)
    kalau apa2 je yg ada udang mesti sedap bg saya

    BalasPadam
  2. Salam kak... :)

    Mmmmm...dapnyaa...puas makan udang tuu... :)

    BalasPadam
  3. Ni memang betul2 kaw sedap, tengok udangnya besar2 ehehe. Nanti boleh cuba.

    BalasPadam
  4. Waaa.... terlior la Kak Ina...

    BalasPadam
  5. sedapnya kak. tak pernah rasa lagi mee udang nie. tapi mesti terangkat kan.

    BalasPadam
  6. meriah udangnya kat dalam mangkuk tu....

    BalasPadam
  7. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Saiz udangnya kus semangat besar. :-)

    BalasPadam
  9. mi udang yang meriah dgn udang! mcm ni la baru best! biasa kalau ke restoran kan, nama je mi udang, tapi udang 2-3 ketul je...

    BalasPadam
  10. semalam wife buat mee udang ikut resepi kak ina. Saya pinjam resepi akk masuk dalam blog. mintak halalkan ek... kak ina blhla dtg blog saya.

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. petis selalu orang guna buat rojak buah..kamu boleh beli kat pasaraya.

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers