OOO

Rabu, September 18, 2013

Resepi Roti Naik Pahang/ Roti Lembut Sedap

Assalammualaikum
Roti naik/roti lembut/soft bun resepi ni akak dapat dapat member fb yang dikatakan di kongsi oleh FB Tok Mak.  Memang lembut roti tapi rasanya kurang manis.  Akak taburkan sedikit gula halus atas doh sebelum di bakar.

Bahan-bahan
 
500 gm  tepung gandum 
1 biji telur
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar susu tepung 
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket mauripan (11g)
campurkan susu pekat manis + telur + tambah air...jadikan 300 ml semua sekali 

Untuk sapuan
1 biji telur + susu segar sapu sebelom bakar
sedikit mentega utk sapuan lepas bakar
Cara-caranya
Uli tangan
Masukkan tepung dan gula halus, adunan 300ml air dan gaul sebati. Masukkan marjerin dan shortening, gaul rata dan uli sehingga adunan menjadi doh lembut, licin dan elastik. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.

Cara Breadmaker (BM)
  • Masukkan air, telur, dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan pula tepung dan juga yis.
  • Setting Dough dan ONkan.
  • Biarkan BM terus menguli lebih kurang 11/2jam sehingga kembang dan siap.
  • Bahagikan doh kepada 20 bahagian. Bulat-bulatkan dan susun ke dalam loyang yang telah di lengser/sapu dengan marjerin/mentega.
  • Tutup roti dengan kain/plastik wrap sehingga naik sekali ganda lagi lebih kurang 30-40minit. Sapukan dengan egg wash.
  • Bakar suhu 180-200 selama 15-20minit (bergantung kepada oven masing-masing) sehingga keperangan.
  • Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit butter supaya roti nmpk berkilat. Sejukkan atas redai. Bila dah sejuk boleh simpan dalam bekas tertutup.

9 ulasan:

  1. hoho..baru aje buat roti semalam.

    BalasPadam
  2. Tak pernah buat roti..nnt blh cuba resepi kak ina nih.

    BalasPadam
  3. Nampak resepi macam mudah tapi rasa seriau nak menguli takut lenguh tangan...hahaaaa...

    BalasPadam
  4. macam teruja nak makan roti ni cicah teh o panas...

    BalasPadam
  5. Ishh....tergoodaaa dah nihh...tergoda....hmmm....

    BalasPadam
  6. teringin nk buat roti tp penyakit m tu ada jer..last2 beli jer kt kedai.

    BalasPadam
  7. ngee terliur zaza.. boleh cuba ni kak ina hehe..mekasih atas resepi tu :)

    BalasPadam
  8. Tak sangka letah doh jauh boleh kembang sehingga rapat-rapat.

    BalasPadam
  9. Roti macam ni cicah milo sedap ni :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers