OOO

Ad

Khamis, September 12, 2013

Tidur Lena Dengan Bantal Kekabu

Assalamualaikum semua

Bila gi umah kawin rakan  blogger di sebuah kampung di Selangor,  kami tunjukkan pokok kekabu yang menghasilkan yang boleh dijadikan bantal.
imran agak hairan camner lak buah ni boleh dijadikan bantal. 
Suami akak suruh imran kopek buah kekabu tu..
Akhirnya dapat gak imran pecahkan buah kekabu tu. ?
apahal ada  biji?

Ayah dia terang kan yang biji kekabu tu kena buang dulu baru boleh dikumpulkan kekabu. Sebiji buah kekabu memang tak cukup untuk dijalankan bantal? Kena ada beberapa biji lagi baru  jadi bantal.
 
Akak pernah gak tolong arwah mil buat bantal kekabu tapi tak tahan aa bila ada kekabu yang berterbangan terutama bila angin bertiup.

langkah 1

kekabu diasingkan biji dan dijemur dibawah sinaran matahari yang terik.
langkah 2. 

kekabu akan dileraikan untuk mengelakkan kekabu berketul-ketul didalam sarungnya nanti.
langkah 3. 

kekabu dimasukkan ke dalam sarung bantal.
langkah 4. 

kekabu ditekan dan dimampatkan.
langkah 5. 

sarung bantal yang telah diisi di jahit dengan kemas dan diketuk bersama sebatang kayu untuk memampatkan kekabu ke seluruh ruang sarung bantal tersebut.
langkah 6

maka siaplah satu bantal yang empuk. 
Tidur guna bantal kekabu memang best sebab tak berpeluh. Nak jaga pun senang..cuma jemur di bawah sinaran matahari yang terik, pastu tepuk tepuk garenti tidur malam lena.

Bantal kekabu tak leh di cuci tau, cuma jemur ataupun sembur dengan febreze.

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina. wahh first time sheila tengok pokok dan buahnya. baru tahu itu prosesnya. heheheee. bantal kekabu ni pilihan ramai kan :)

    BalasPadam
  2. susah dah nak jumpa pokok kekabu ni.

    BalasPadam
  3. tepuk, tepuk dan bersin...heee.
    dapat tidur dengan bantal, tilam kekabu memang best tak terlawan tilam moden. cuma sekarang nak dapat susah sikit, kat kampung pun dah tak banyak pokok kekabu ni. kadang2 nampak orang jual tepi jalan ambik peluang beli.

    BalasPadam
  4. tidur atas bantal kekabu jugak yg best kan

    BalasPadam
  5. kekabu mmg best kak...

    ooo... takleh cuci ke... patutlahh... mcm rosak je tilam kekabu anak sy tu elpas dicuci... adoyaii...

    BalasPadam
  6. masa zaman kecik dulu memang saya ada tlng mak wat bantal kekabu. bestnya bila dah buang biji tu bajet2 mcm duk atas salji la. haha..yg x bestnya mencucuk2 hidungggg...rasa mcm nk terbersin je

    BalasPadam
  7. Ketika kecil dahulu buat main sahaja kapas kekabu ini. Susah hendak cari pokok kekabu ini.

    BalasPadam
  8. Bantal kekabu buat kita tido lebih lena....

    BalasPadam
  9. kat rumah tok deno masih menggunakan bantal kekabu :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers