OOO

Isnin, Oktober 28, 2013

Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese Sedap

Assalammualaikum
Salah satu kek kesukaan anak-anak walaupun nak kena buat lapis dan kena tunggu agak lama gak nak siap.  Kek ni memang sesuai untuk hidangan anak dan keluarga, akak ambil resepi ni dari Mat Gebu..dulu akak ambil dari blog orang lain.  Kali ni akak tabur badam cincang atas lapisan coklat.  

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
 
 
 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
  2. UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
  3. UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
 
 akak taburkan badam cincang yang 
di sangai kat lapisan kek coklat
  1. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
  2. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan

5 ulasan:

  1. mampu tengok je la..nak jamah tak boleh..hahaha

    BalasPadam
  2. Lepas nie makin rajin la akak buat kek lapis yea .... ye la nak jadi orang miri la katakan

    BalasPadam
  3. Walau guna kaedah kukus..SA tetap tgn bangku bab baking cake...kesian betul..tp SA ada usaha nk belajar...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...