OOO

Selasa, November 19, 2013

Resepi Sayur Midin Goreng

Assalammualaikum
N3 ni masa akak berkunjung ke Miri dulu.


Masa gi ke Pasar Tamu Miri, akak sibuk cari sayur midin ni, sebenarnya nak tenguk sangat pucuk paku sarawak. Ada gak yang panggil Lemidin atau paku..kalau kat sini kita panggil pucuk paku.

Wah gembira rasa hati  bila terjumpa, tapi cuma tinggal 1 ikat saje sebab kami pergi dah dekat pukul 10.00 pagi.  Di Miri pukul 10 tapi di Kuala Lumpur dah pukul 11 pagi.
 
Jadilah kan, nak merasa ajer.  Bila sampai kat bilik akak pun goreng ajer cara simple dimple sebab tak kuasa nak beli belacan sebab bukan duk lama pun kat sana.

Ambil pucuk ajer, pastu bawang merah dan putih dihiris.  Akak masukkan juga sedikit udang kering.

Tumis dengan sedikit minyak hirisan bawang putih dan bawang merah, masukkan sedikit garam dan sayur midin.  Kacau sebati dan bolehlah  di hidangkan.
Jadilah kan..tertunai gak hasrat dihati nak merasa midin goreng di Miri :)

Rasanya..lebih kurang cam pucuk paku ...tu rasa kat tekak akaklah.

14 ulasan:

  1. masa first tengok dan makan saya ingatkan sayu pucuk paku... tapi berbeza jugak rupanya.... cuma rasa lebih sedap laaa

    BalasPadam
  2. Sedap ni kak ina, makan dengan nasi panas-panas!

    BalasPadam
  3. Orang Pantai Timur buat masak bubur lambuk pucuk Midin nikan kak?

    BalasPadam
  4. mcm sedap. kat semenanjung takde eh?

    BalasPadam
  5. kat ganu bik & mcm junaina ckp org masak bubur lambuk & sayur bening. kat belah borneo dorg lebih suka goreng tumis buh udang & belacan. kalau kat miri & brunei ni berlambak2 tepi jalan.

    BalasPadam
  6. Salam kak Ina.
    Kat Trg, pucuk midin ni bahan utk bubur lambuk :)
    Sedap...

    BalasPadam
  7. Baru kenal akan istilah sayur midin ini kak Ina...mungkin di Indonesia ada tetapi dengan istilah yang lain

    BalasPadam
  8. Sedappppp...SA punya favvy ni...tiap kali adik balik bercuti mmg suruh beli pas tu buat goreng belacan

    BalasPadam
  9. tun mmg suka makan sayur pucuk paku dan pucuk midin :) kadang2 goreng biasa, kadang2 wat masak lemak. sedapp..

    BalasPadam
  10. dah lama tak makan sayur ni...dulu sayur ni mak kita masak bening letak betik muda tak pun ubi keledek. sedap. senang nak cari tepi-tepi semak pun ada. tapi sekarang dah susah kot. nak masuk semak pun takut dah

    BalasPadam
  11. Paling best masak dgn belacan lah kak ina...sy klu beli suka pilih midin yg baru nk memaku tu...tapi harga lebih sikit lh dr yg ni...lauk wajip bila balik kpg....:D

    BalasPadam
  12. tak penah dengar, apa sayur midin ni eh?..

    BalasPadam
  13. lain tempat lain namanya....memang sedap pucuk paku goreng nie....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers