OOO

Khamis, November 21, 2013

Restoran Marhaba, Publica Solaris-Masakan Arab Paling Sedap


Akak dan keluarga memang suka dengan hidangan masakan Masakan Timur Tengah , bila di ajak oleh Geng Tali Barut Eyriqazz ke Restoran Marhaba akak terus bersetuju. Pucuk di cita ulam mendatang.



Bila sampai di Restoran Marhaba yang terletak di Publika Solaris, akan merasa seronok bila kami di layan dengan penuh mesra oleh kakitangan di sini. Hiasan di dalamnya di datangkan khas dari Yemen dan semuanya menarik hati kami semua.
 

Bila masuk ke dalam restoran, wow...dekorasi dalamannya  sungguh cantik dan mendamaikan memang menarik perhatian kami semua. Ada beberapa ruang menjamu selera sambil bersantai di sini. Kalau nakkan privacy bersama family atau pun nak adakan majlis tertutup, anda boleh pilih di sini, tapi kena booked dulu lah sebab cuma ada 2  ruang ajer. Ruang yang ini boleh memuatkan tetamu lebih dari 10 orang.

 

Ruang ni pula sesuai untuk candle light dinner bersama orang tersayang. Romantiknya kalau dapat berdua duaan dengan suami/isteri tersayang.

Kalau nak lebih santai, kita boleh ke ruang di sini, kalau  lepak/bersila macam Shakiddo pun ok gak, lagi senang bila anak-anak nak bermain-main kat ruangan ni. Selesa dan ruangannya pun besar.  

Akhirnya kami pilih untuk duduk di sini sebab kanak-kanak boleh bermain di tempat permainan yang ada. Kami lebih seronok menikmati udara malam sambil makan dan berbual setelah lama tidak berjumpa.


Pelbagai menu makanan yang di hasilkan menggunakan rempah ratus dan chef yang di datangkan khas dari Yemen. 


Mula-mula kami di hidangkan dengan Yemeni Tea 
yang menjadi kesukaan Azim anak Eyriqazz.

Pembuka selera pertama ialah yogurt salad, didalamnya ada hirisan Buah Zaitun, timun dan tomato.


Terkejut kami semua bila tenguk roti besar gedabak ni, tak pernah lagi akak tenguk roti sebesar ini. Roti yang di panggil Homemade Mulauwah Bread (Roti mulauwah yang di bakar dalam Stones Oven) yang di hidangkan panas, memang berbau harum semerbak apabila di hidangkan.  Semua yang ada merasa teruja dan tak sabar nak merasanya. 


Saltah Fahsah(kuah kambing) di makan bersama Mulauwah

 

Boleh pilih sama ada nak makan dengan kuah udang ni ataupun dengan Saltah Fahsah (kuah kambing)

Ada yang suka makan dengan kuah lamb dan ada yang suka cicah dengan kuah udang. Masing-masing punya selera kan.

Nak menghabiskan roti yang boleh di makan 5-6 orang, kami minta tambah lagi kuah, enak sungguh sehingga menjilat jari.  

Kami semua guna tangan ajer, barulah ada umphh, kalau guna sudu garpu tak ada umphhhlah. Sambil borak sambil makan, gelak ketawa sehingga tak sedar roti ni dah tinggal sedikit. 


Signature Yemeni Cuisine di sini ialah Lamb Hanith yang di masak menggunakan beras wangi yang khas di datangkan dari Yemen. Sungguh harum semerbak aroma nasi dan lamb hanith ini, berasnya pula memang panjang. Apabila masuk mulut..mak datuk sedap nasi ini, ada rasa tersendiri. Nasi yang di hidangkan memang cukup untuk di makan seramai 3 orang.

Daging Lamb Hanith memang lembut dan rasanya juga cukup perisa dan sungguh lembut teksturnya. Istimewanya masakan ini kerana restoran ini cuma menggunakan kambing yang berumur 6 bulan dan masih menyusu susu ibunya.



Bagi yang tak suka makan kambing, boleh pilih chicken mazbi yang juga enak. Dagingnya yang masih berjus, tidak kering dan lembut apabila di potong. Nasi ni pun boleh di makan untuk 3 orang kalau perut yang kecil sebab setiap hidangan nasinya memang banyak.

Kalau tak nak ayam ada juga nasi yang di makan bersama udang grill (grilled prawn) , ikan panggang (grilled fish)...ikut selera masing-masing.


Fuladah - sesuai untuk dessert.  
Ada aiskrim, hirisan buah anggur


Dessert terakhir Dessert Honey Banana yang di perbuat dari oat, pisang yang telah dilenyek, habbatus sauda dan madu. 



 Teh Mulaban - teh yang berbau rempah.

Jujur akak katakan, masakan kat sini memang paling terbaik dari mana-mana restoran yang menghidangkan masakan ala timur tengah.

Insyallah akak akan datang lagi bersama keluarga untuk menjamu selera hidangan ala masakan timur tengah di sini kerana setiap wang di keluarkan memang berbaloi-baloi.


Kalau tak percaya, anda boleh gi merasanya, dah tentu anda akan berpuas hati.


Sekarang ni ada offer tau, kalau makan lamb
 hanith kita boleh dapat set chicken mandi 
dengan harga RM1.00 sahaja


 Hidangan Di Restoran Marhaba Mengugah Selera
 Sesuai Untuk Disantap Seisi Keluarga
Menggunakan Rempah Ratus Yemen Istimewa
Kalau Tak Percaya Jom Cuba Rasa

Jom ramai-ramai LIKE Facebook Murhaba Restaurant

Info Restoran ini: 

MARHABA RESTAURANT
D1-G4-1, PUBLIKA SOLARIS DUTAMAS
NO 1, JALAN DUTAMAS
50480 KUALA LUMPUR

CONTACT NO - 603-62078222 & 603-62076222

OPERATION TIME - 11.00 a.m. to 11.00 p.m.


GPS COORDINATES: 3.171939,101.664184

MAP LOCATION:






26 ulasan:

  1. Ya Allah.menelan nelan air liur baca entry akk ni.sedapnya chicken mandy!

    BalasPadam
  2. Tengok gambar pun dah berair liur kak...sedap je nampaknya.

    BalasPadam
  3. wah.. Mcm menarik jer roti tu. Cecah ngan kuah kambing lg... Mahal tak regenye, kak? Nak gak nerai kalo berbaloi dgn rege..

    BalasPadam
  4. deko mmg best sgt... harga pun kira standard nasi arab.... yg palingbest candle lit dinner punya room tu...

    BalasPadam
  5. Waa memang malatops!! ni kak, terliur habis!. InsyaAllah akan dicari juga restoran ini.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lama lagi akan ada di putrajaya..dekat dengan umah kamu nanti

      Padam
  6. fuh sedap
    boleh try test ni
    ada diskaun utk blogger tak? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti bagi tau kamu blogger masa sampai mana tau dapat diskaun kaw kaw

      Padam
  7. Rasanya inilah pilihan restoran makanan arab terbaik area KL... bila tengok promosi tu rasa nak datang lagi laaa

    BalasPadam
  8. Baru beberapa kali meraakan masakan arab, akan tetapi belum pernah merasakan benar-benar di restoran khusus masakan arab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di sana mungkin agak payah tapi di kuala lumpur banyak..nanti berkunjung ke sini kamu bisa jumpa di mana mana tapi yang paling enak di sini

      Padam
  9. Wah, sedapnya tengok chicken mazbi dan kari udang. Belum sempat lagi nak terjah walaupun dah baca review yang ketiga ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah dah baca review ke 3 rupanya...imsyallah lepas ni bolehlah kamu terjah ke sini

      Padam
  10. Assalamualaikum..k.ina x bole laaa tguk makanan kt blog akk ni melelh jer air liur....

    BalasPadam
  11. Tempatnya ekslusif. Terkenang-kenang makan Nasi Arab original ketika trip ke Dubai dan Lubnan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kat dubai dan lubnan lagi sodap aaaa akubiomed

      Padam
  12. mesti mahal....tp sesekali best jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekali sekali makan sedap bersama family apa salahnya

      Padam
  13. nasi tu satu pinggan boleh makan reramai kan...sebab banyak sangat tak muat perut...hihi

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...