OOO

Isnin, Disember 23, 2013

Durian Isu/Isau Dari Sarawak

Assalammualaikum

Suami dari dulu lagi ashik sebut nak rasa durian isu yang di katakan begitu sukar untuk mencari durian ini.  Orang sini kata durian isu banyak pada bulan November dan Disember.
Oleh sebab kami pulang ke KL agak lama, kami pikir dah tentu dah habis musim  buah isu ni.

Nasib baik masa kami membeli barangan dapur di sini ternampak ada lori bawa buah durian dan bila tanya kebetulan buah ni masih ada tapi dah nak sampai ke penghujungnya.



Durian Isu merupakan satu lagi spesis durian liar ataupun dalam istilah saintifik, ia dipanggil Durio oxleyanus yang di percayai cuma boleh di temui di Borneo sahaja.

Kalau di lihat pada bentuknya memang sama macam durian tapi ada jika dilihat dengan teliti, durinya  lebih tajam  dan panjang dan  daripada durian biasa. Buahnya pun kecil sahaja.



Setelah dibuka, warna isinya memang terang  dan lebih kekuningan daripada durian biasa lebihkurang warna seperti buah cempedak .  Rasanya agak melekit, isinya lebih nipis, rasa serta baunya memang berbeza dari buah durian biasa. 


Rasa cam makan buah cempedak pun ada gak tapi baunya memang unik.  Rasanya lebih berkrim ...ishh susah nak terangkannya cuma anda perlu cuba nak tau camner rasanya.
Se kilo kami beli harganya RM15..akak tak berapa gemar..suami akak yang suka ..kami beli 3 biji.  

Beli gak buah durian kampung dari yang penjual tu kata dari Long Baram..sebiji RM10.00 isinya memang umphhh...rasanya cam buah durian kampung yang biasa kami makan di Kuala Lumpur.


11 ulasan:

  1. Tidak pernah rasa buah durian Isuisau.

    BalasPadam
  2. first time dengar nama durian isuisau. hoho

    BalasPadam
  3. Mmg payah nak bayang durian tapi bau dan rasa tak macam durian...hehe

    Thanks kak ina berkongsi cerita...best

    BalasPadam
  4. kalau ikut rupa kulit dia, saya rasa kat kelantan panggil durian daun (family saya kot panggil cam tu).... kulit dia macam tu. lah. rasa dia berkrim. tapi pokok durian tu dah takde dah kena tebang.Selalu durian ni dok dlam hutan. kata atuk saya kalau tak salah...la... dah lama tak makan dia , dah lebih 15 tahun rasanya...tapi kalau lain tak tahu lah kak sbb tengok dalam blog..takleh hidu takleh rasa takleh sentuh :)

    BalasPadam
  5. durian isuisau.. ingat risau apa td., :D lolz

    jemput ke blog sy -->

    http://afasz.blogspot.com

    BalasPadam
  6. tengok kalernya nampak cam sedap sgt... terliur ni

    BalasPadam
  7. erk xpnah jumpa lagi.ooo mcm cempedak eh.rupa mmg nmpk umps.tp kalau rasa melekit mcm xbest lak.

    BalasPadam
  8. first time dengar....seperti buah cempedak kuningnya......

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...