OOO

Isnin, Disember 02, 2013

Resepi Bebola Keledek

Assalamualaikum semua


Selalunya keledek boleh buat pengat ataupun kueh keria tapi kali ni akak buat bebola @ jemput jemput keledek.

Resepi akak ambil dari blog makcik manggis

Bahan-bahan
1 kg keledek -rebus dengan sedikit garam dan lenyek hingga hancur
12 tbsp tepung gandum-cm guna lebih sedikit sebab tambah telur.(agak-agak jika terlalu lembut tambah tepung sedikit demi sedikit)
1 biji telur saiz C
3 sudu makan kelapa parut.
Akak tambah 1 sudu besar gula merah

Cara-caranya:

  1. Satukan semua bahan bahan diatas dan adun hingga sebati.
  2. Jika adunan agak lembik sebab telur, tambahlah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga  ianya tidak melekat ditangan.
  3. Kemudian bentukkan bulat bulat dan goreng hingga masak...senang kan:)

7 ulasan:

  1. Bukan main elok bulatnya. Pandai Kak Ina jemput.

    BalasPadam
  2. Sedap nih..kompem..sebab saya suka keledek

    BalasPadam
  3. bhn utama keledek dan tepung. simple jer kan. tq for sharing kak ina.

    BalasPadam
  4. Akak tau memula baca Resepi Bebeola Keledek saya baca as resepi bola sepak dalam hati terdetik Kak Ina ni nak masak bola pulak ke...ahahaa...

    Menu mudah untuk keluarga.

    BalasPadam
  5. Bulat comel je kuih nie.... kalau akak hidang sepinggan panas-panas time petang... sedap nie...

    BalasPadam
  6. Ingatkan kuih badak. Alamak teringin pula hendak rasa kuih badak. :-)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...