OOO

Isnin, Disember 30, 2013

Resepi Kepak Ayam Panggang Madu

Assalammualaikum

Nak sedap buat bbq ataupun bakar dalam oven ..disebabkan akak belum beli oven kat sini terpaksalah guna non stick pan.

Bahan-bahan
10 kepak ayam-potong 2 (kalau tak nak pun tak apa)
3 biji bawang putih-kisar/tumbuk
1 inci halia-kisar/tumbuk
1 sudu besar cili kisar
4 sudu makan madu
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
garam secukupnya
minyak zaiton/minyak sayuran
Cara-caranya
1.  Basuh kepak ayam dan toskan
2.  Campurkan semua bahan dalam mangkok/bekas.
3.  Masukkan kepak ayam dan gaul sebati.
4.  Perap sekurang-kurangnya 5-8 jam..kalau nak sedap semalaman.
5.  Panaskan pan dengan api sederhana dan masukkan kepak ayam yang telah di lengser dengan minyak, biarkan 10-15 minit, baru di balikkan.

Nota : Kalau guna oven panaskan oven suhu 170C, letak kepak ayam dalam dulang yang telah di lengser dengan minyak.  Panggang 15 minit baru di balikkan sebelah lagi untuk hasil yang sekata.

19 ulasan:

  1. assalamualaikum kakina...sedap ni hari tu baru buat...:)

    BalasPadam
  2. Nyam2..Kak ina buat saya lapar balik...

    BalasPadam
  3. Meleleh air liur tengok kepak ayam tu. Boleh cuba buat resepi ni nanti kat rumah...boleh pakai kuali ajaib.

    BalasPadam
    Balasan
    1. untunglah ada kuali ajaib..leh buat lagi umphh rasanya

      Padam
  4. erkk..dah siap masak kan? hantar ke banting, leh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jauhlah dari miri nak ke banting titan..kena naik belon tau..tak berbaloi aaa

      Padam
  5. kak ina..ummi datang nak kidnap kepak, hihi..ada lagi ke?

    BalasPadam
  6. Memang layan walaupun ratah begitu sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. goreng kentang dan buat coleslaw..kenyang dah tu

      Padam
  7. Hurmm.... chicken wing sedap gak.....tapi saya lebih suka drumstick....hehehehe

    BalasPadam
  8. Buat dlm non stick pan ok tak Kak Ina? chicken wing mmg sodap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun masak dalam non stick pan kakni

      Padam
  9. kalau masak dalam oven bpe lama ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zahier ....Kalau guna oven panaskan oven suhu 170C, letak kepak ayam dalam dulang yang telah di lengser dengan minyak. Panggang 15 minit baru di balikkan sebelah lagi untuk hasil yang sekata.

      Padam
  10. Sedapppp tu .. kepak ayam bakar madu :D

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers