OOO

Rabu, Januari 29, 2014

Kuih Chang/ Nonya Chang/Nonya Dumplings

Assalammualaikum semua

Dah masak dan makan tengahari ker belum?  Akak baru ajer makan selepas tergopoh gapah dari pagi hantar hb kerja, pastu gi service keta balik umah masak, ambik hb balik untuk makan tengahari pastu gi ambil Imran kat sekolah.

Kat sini cuma ada satu keta, hb kata buat per beli sampai 2 keta bukan nak duduk menetap terus kat sini.
Memang tak pernah makan kueh chang@ kou chong @ changvne@Nonya Dumplings (mak oii banyaknya nama dia) ,waktu kecik selalu nampak orang cina jual kat Pekan Setapak masa tunggu bas sekolah.  

Tapi mak tak bagi beli dan cuba sebab orang cina jual kan..takut ada benda haram kat dalamnya.  Umur dah masuk 50 pun tak pernah rasa lagi kueh ni.

Bila jumpa kat gerai melayu di sini yang jual kueh chang ni akak pun terus beli, sukanya hati dah merasa kueh chang yang sinonim dengan masyarakat cina.

Diperbuat daripada beras pulut yang di goreng dengan rempah ratus kemudian di isi dengan inti yang ada ayam, buah berangan, cendawan dan telur asin kemudian di balut dengan daun buluh yang telah di rebus dan kemudian direndam selama 12 jam. 

Nak balut dan mengikatnya bukannya senang, tak tau teknik memang boleh terburai isinya bila di rebus. Kemudian barulah boleh di rebus lebih kurang 2 jam.

Memang nampak remeh dan mengambil masa yang lama nak membuatnya kan...anak-anak dan hb tak suka.  Jadi kalau teringin nak makan akak gi lah ke gerai orang islam ..beli 2 biji dah cukup.

Kalau ada gak nak cuba buat bolehlah ke blog Puan Manggis yang pernah mencubanya.

12 ulasan:

  1. Selalu tgok auntie2 cina meniaga jual ni. Rasa teringin tapi pepaham jela hehehe.

    Kalau ada yg halal, memang teringin nk rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. auntie ni dah lama nak rasa akhirnya dapat gak merasa kat sini

      Padam
  2. Kami selalu makan sebab mak mertua saya Cina Muallaf. Setahun sekali, masa perayaan kuih chang ni, Persatuan Tiong Hua Muslim di Melaka akan bergotong royong beramai2 masak berbagai jenis kuih chang nie.. Tapi, kami agak kurang minat sikit lah.. Kena makan dengan serunding daging Kelantan, baru laju sikit. Hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah untungnya kamu ..tentu best dapat makan selalu

      Padam
  3. Menarik isi kuih ini. Belum pernah jumpa lagi.

    BalasPadam
  4. Tu la kak....biasa tengok gak dan kat rancangan Ho Chak.... macam takde yang halal kat sini kan

    BalasPadam
  5. akak beli dekat mana?? bagi nama kedai.. dah lama mengidam..

    BalasPadam
  6. aiseh. yang ni pun dah lama tak makan..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum kakina...x pernah rasa lg kuih ni...:)

    BalasPadam
  8. Lahai kak... dah lama teringin nak mkn kuih ni tapi tak tahu nak dpt yg halal kat mana....
    http://maksue.blogspot.com/








    BalasPadam
  9. Salam,
    saya adalah pembekal Bak Chang halal area Putrajaya/Cyberjaya atau kawasan berhampiran. Jika berminat, sila visit FB page Bak Chang HALAL untuk maklumat lanjut ^_^
    https://www.facebook.com/bakchanghalal

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...