OOO

Ad

Sabtu, Januari 11, 2014

Resepi Kari Pekat Sotong

Assalammualaikum

Sibuk keluar dari pagi kerana ada urusan keluarga penting yang perlu di bereskan sehingga tak dan nak update blog akak ni.

Alhamdulliah semuanya di permudahkan oleh Allah swt dan akak bersyukur dengan kurniaannya buat kami sekeluarga.




Selain dari sotong masak 3 rasa dan sotong goreng tepung akak suka gak masak kari camni.

Bahan-bahan
  • 10 ekor sotong-bersihkan dan masukkan balik kepala dan toskan
  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 sudu makan kari ikan
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • garam, air dan minyak secukupnya



Bahan tumis


  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1 sudu teh halba campur



Cara-caranya

1. Tumbuk/kisar  bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan rempah 4 sekawan, halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan dan guna api perlahan sambil di kacau selalu.
6. Apabila santan mendidih masukkan pula sotong.
8. Jangan masak sotong terlalu lama...bila mendidih masukkan pula jus asam jawa dan rasa dulu garam barulah di padamkan api.

13 ulasan:

  1. senang je eh kak! nk try lah nanti!

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakina...sedapnya tengok...:)

    BalasPadam
  3. sedapnya kalau dapat makan dengan nasi panas2.lapar...
    meh jemput intai2/follow blog jalan2 makan saya : http://www.cheesedankejubakar.blogspot.com.

    BalasPadam
  4. lama betul tak makan kari sotong. grr..

    BalasPadam
  5. Aduhai sudah terliur melihat lelehan kuahnya.

    BalasPadam
  6. salam...mcm senang je..nk try nty, lepas dh jd,nak tag kak ina lah :) thank for sharing

    BalasPadam
  7. kak ina ni masak sume sedap2,, cik aann jugakla tak berapa nk pandai masak lagi ni haa,,

    Sepagi di JUSCO..

    BalasPadam
  8. Kalau makan kari pekat nie sedap lagi kalau tambah kicap manis... hehehehe

    BalasPadam
  9. Satu resipi yang mengancam.. :D
    sotong 3 rasa huhuuu.. terliuq abis :D

    BalasPadam
  10. Tngk sotong tiba2 rindu dngn kari sotong mak saya.

    BalasPadam
  11. macam sedap gak...
    simple... hehehe

    BalasPadam
  12. Senang je rupanya...
    Esok boleh buat terus, semua bahan dah ada..=)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers