OOO

Isnin, Januari 20, 2014

Resepi Masak Lemak Pucuk Labu

Assalammualaikum semua

Kat sini boleh di katakan hari-hari hujan sekarang ni, tak pagi..petang.  Hari ni pula hujan dari malam tadi sampai sekarang tak berhenti..kejap lebat...kejap renyai renyai.

Ok gak tu..jimat sikit bil letrik sebab tak on kipas pun..sejukk weiii

Bila gi tamu, hb ashik kata sedap pucuk labu masak lemak..alahai akak mana pernah masak lauk camni sebab keluarga akak memang tak pandai makan.
Bila dah sebut selalu kecianlah pulak, akak pun beli dan google cara nak masak..senang kan sekarang ni kalau tak tau leh google.  Jangan lagi bagi alasan tak pandai masak itu dan ini (untuk diri sendiri).  Resepi ni akak ambil dari blog Chef Mat Gebu tu...takkan tak kenal.

Nasib baiklah akak tak terus lebur daun pucuk labu tu dalam periuk..rupernya kena gentel nak lembutkan dan buang bulu bulu halus.


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk labu, asingkan daun dan batangnya yang lembut.
1 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 biji cili merah, hiris-tak letak
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Batang pucuk labu dibuang sedikit kulit luarnya, daun digentel dengan kedua2 tapak tangan, kalau ada putih kecil labu atau bunga labu yang belum kembang, anda boleh ambik. Cuci dan toskan.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis (toskan) ke dalam periuk, tuang santan cair dan kacau rata. Masak hingga mendidih. Tambah kiub ikan bilis, jika guna. Kacau dan masak sekejap.
  3. Masukkan batang pucuk labu, biar sekejap dan tambah daunnya. Gaul dan jika kurang kuah, tuang sedikit air. Masak hingga pucuk labu lembut. Tuang pati santan, masukkan hirisan cili merah. Kacau dan biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan dan ikan goreng @ ikan masin.
Senang hati bila dah boleh buat :)

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina, mak sheila suka masak lemak labu ni. sedapnya, thanks sharing resepi. boleh sheila pula cuba masak. hehehe

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakina...wah x pernah cuba lg pucuk labu ni...pasni boleh la cuba memasaknya...:)

    BalasPadam
  3. Salam K.Ina...mmg biasa mkn sbb kat kg MIL,diaorg msk gulai lemak putih...sedap!

    BalasPadam
  4. sedapnye kak...hmmm..terliur dibuatnya..especially time2 ujan ni nafsu mkn amat kemuncak
    Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

    BalasPadam
  5. nampak sedap oo kak... saya akan try masak sendiri bila dah berumahtangga nanti... hehehe

    BalasPadam
  6. kalau lauk masak lemak nie saya suka makan dengan kicap... hehehehe

    BalasPadam
  7. goreng plak ikan masin kan....huiii....sodap...

    BalasPadam
  8. wahh dulu2 arwah nenek rajen msk ni..digorengnya tolo dadar, ikn masen, smbl blcn, patu mentimun ngn kcg btol lwnnya..skrg cucu2 msk tp da xsama rasanya..T_T

    sdp laok ni..ari2 pn boleyh..

    BalasPadam
  9. Akak kalau Aina pun mesti lebur gitu je pucuk labu tu. Sedapnya kak dulu masa kecik2 kat kampung mak selalu masak.

    BalasPadam
  10. Terima kasih Kak Ina, semuga kiriman Kak Ina jadi amal soleh...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...