OOO

Ad

Selasa, Februari 11, 2014

Cara Buat Umai Ikan-Makanan Sarawak

Assalammualaikum semua

Pernah rasa umai tak?  Kalau nak tau umai adalah makanan tradisi orang  Melanau di Sarawak.  Mudah betul nak buat tak yah hidupkan api di dapur pun. :)
Bila akak tanya kat member facebook ikan apakah ini sebab tak pernah jumpa di Semenanjung, ada yang bagitau namanya  ikan pirang/empirang yang sedap di buat umai.  Tapi ikan ni banyak tulang halus tak berani nak cuba.


Bila jumpa ikan tenggiri fresh akak pun cubalah buat tapi akak cuma buat sekeping ajer.

Ikan dihiris halus setelah di bersihkan dan di perap dengan jus limau kasturi dulu untuk menghilangkan bau hanyir ikan.  Proses ini akan menyebabkan isi ikan berubah warna putih seolah sudah di masak.
Kemudian dicampur dengan hirisan bawang merah, bawang besar, cili api dan cili merah, terakhir sekali di tambah garam dan penambah rasa.

Taraa dah siap.  Macam biasa anak anak tak makan benda camni..akak yang menghabiskannya.


5 ulasan:

  1. sedap ke kak...? tak pernah cuba lagi..

    BalasPadam
  2. pernah makan sekali tp x pernah cuba buat...

    BalasPadam
  3. wahh..bak sikit akak oiii..

    BalasPadam
  4. sedap kalau dapat ratah nie.... lepas nie akak boleh la buat umai kaki ayam pulak yea

    BalasPadam
  5. Rsa lah lok. Kalau dh asa msti mok agik.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers