OOO

Selasa, Mac 11, 2014

Resepi Nasi Goreng Cina

Assalammualaikum
Nasi berlebihan selalunya akak simpan dalam bekas bertutup dan kumpul sampai 3 hari baru goreng buat sarapan pagi.  


Bahan-bahan
2 mangkuk nasi
1/2 biji bawang holland (biasa pun boleh)-dadu
4 biji bawang putih-cincang/tumbuk
5 batang sayur kacang buncis-hiris serong
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 keping dada ayam-kalau nak tambah pun boleh
2-3 sudu besar kicap cair
sedikit  sos tiram
garam secukupnya
1 biji telur-kacau sedikit
2-3 sudu besar minyak zaitun (minyak lain pun boleh)

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan bawang holland dengan minyak zaitun.
2. Masukkan ayam dan tumis sebentar dan masukkan pulak sayur kacang buncis.
3. Masukkan sos tiram, kicap cair, garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah dan kacau lagi.
4. Bila dah sebati masukkan nasi dan kacau dengan api yang sederhana besar sehingga garing sedikit barulah di masukkan telur kat tengah nasi dan kacau sebati. 
5. Cukup rasa bolehlah di angkat dan hidangkan dengan cili merah yang di potong serong.


5 ulasan:

  1. kalau dekat, saya bawak pinggan dah ni kak ina...!!!

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana share recipe.. saya selalu buat nasi goreng belacan je. org rumah tanya masak nasi goreng cina tak reti ke.. :/ tersentap jap..

    http://iluvtour.com jemput singgah

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kakina...wah sedapnya...:)

    BalasPadam
  4. Kalau ke restoran mamak akan pesan. Rasa lebih kenyang makan nasi.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...