OOO

Jumaat, April 04, 2014

Resepi Pancake Pisang

As'salammualaikum

Kat sini pisang memang murah, kebetulan suami akak ni suka makanan yang di perbuat daripada pisang terutama lempeng pisang berkelapa.  Kali ni cuba pula buat pancake pisang yang di kongsi oleh kak Hanieliza

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder

Bahan B
4 biji pisang berangan
3 sudu besar gula-akak guna brown sugar
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur A 
1 cawan susu segar 
4 sudu besar minyak

Cara
1. Masukkan semua bahan B dalam blender dan mesinkan sekejap supaya pisang tidak hancur sangat.
2. Ayakkan bahan A dalam mangkuk dan tuangkan bahan B. Kacau dengan whisker.
3. Sendukkan dalam kuali non-stik dan masak dengan api perlahan.(akak buh sikit marjerin)
4. Tutup pot atau non-stik pan. Masakkan 3-4 minit.
5. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair. 


6 ulasan:

  1. lapar plk tgk pankek pisang time hujan2 nih...

    BalasPadam
  2. waaaa senang aja. main blend main campur..
    kalo ada pisang ni boleh try..

    BalasPadam
  3. Kak ina ni rajin betul masak. Pancake pisang ni makan dengan sos hersheys ni sedap kan...awawawa

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...