OOO

Rabu, Mei 28, 2014

Parking Kupon Di Miri

Assalammualaikum

Biasa di Kuala Lumpur bayar parking guna mesin masuk duit pastu keluar resit dan di pamerkan di dashboard keta.  

Akak tak pernah lagi kena sama sebab memang ikut aturan walaupun cuma 10 minit ajer parking sebab tak kuasa nak keluar duit lebih bila dapat surat saman.  Rugi bayar puluhan ringgit kan daripada cuma keluar 50 sen untuk 1 jam  parking kat tempat letak kereta.
Bila sampai kat Miri, sistemnya lain pula.  Kat sini guna kupon yang di jual 1 pek 4 ringgit lebih.  Nak parking kena gak tenguk papan tanda sebab ada kawasan yang cuma 40 sen 1 jam dan ada yang 40 sen 1/2 jam.  

Menyampah kalau 1/2 jam ni, sebab kelam kabut dibuatnya bila tenguk tinggal 5 minit.  Kalau kat bank nak bayar kat kuanter dah tentu ambil masa dekat 1 jam bila orang ramai.  Terkecoh kecoh gi gores lagi satu kupon kalau masa tak mencukupi.

Petugas check kupon kat Miri memang rajin betul, ada ajer di mana-mana..pantang tak letak kupon ataupun terlebih masa, nanti dapatlah surat saman cam kat keta sebelah akak ni.  Tak kuasa nak bayar walaupun saman cuma RM15.00..sayang duit tu kan.

Kalau sesiapa yang melancong kat Miri, sewa keta dan gi ke pusat bandar jangan lupa letak kupon aaaa.

8 ulasan:

  1. kt melaka guna sistem kupon jugak..

    biasa sy trus "gores dan menang" 2 keping atau lebih klau nk parking lama..hihih

    BalasPadam
  2. kat setia alam pon masih pakai kupon :))

    BalasPadam
  3. Macam kat melaka..gores dan menang kereta..hehhe

    BalasPadam
  4. Rasanya kat shah alam pun diorang guna cara yang sama....lebih menguntungkan pihak PBT la kot....

    BalasPadam
  5. Kak Ina

    nanti aya ke miri teringin nak jumpa kak Ina

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah jika ada umur..ada kelapangan yer

      Padam
  6. memang sesetengah tempat masih guna kupon "gores & menang" ni...kenapa ye tak buat guna syling 1 jam 50 sen tu ye...kupon ni macam mahal je...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers