OOO

Sabtu, Julai 19, 2014

Puding Cincau Soya Yeo's

Assalammualaikum semua


Bila cuaca panas di bulan yang mulia ni, menikmati minuman yang sejuk memang menyegarkan terutama apabila cuaca panas sepanjang bulan puasa kali ini.



Kami sekeluarga memang penggemar minuman susu kacang soya Yeo's yang banyak kebaikan untuk seisi keluarga. 


Selain dari di minum begitu sahaja, boleh juga di buat pelbagai jenis puding untuk di jadikan pencuci mulut selepas berbuka.
Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
1 liter air soya kotak yeo's
2 sudu besar gula pasir
Sedikit pewarna merah
Cincau didadu kasar



Cara-caranya


  • Masak serbuk agar-agar bersama air soya dan gula sehingga larut.
  • Apabila telah larut kesemuanya, masukkan pewarna merah dan kacau sebati. Padamkan api.
  • Masukkan cincau yang telah di dadu ke dalam acuan.
  • Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan sebentar.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.




6 ulasan:

  1. Wohoo sedap ni kak ina.. harusla try buat

    BalasPadam
  2. wah..ni idea baru ni.. saya ingatkan akak buat AIR soya cincau..tengok balik tajuk, PUDING rupanya

    BalasPadam
  3. macam sedap je ..nxt time boleh la coba

    BalasPadam
  4. huh..kena suruh bini gua baca nih..

    BalasPadam
  5. senang nya nampak nya resepi ni kak...tp saya tak reti la sgt nak ukur air untuk agar2 tu...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...