OOO

Isnin, Julai 07, 2014

Pulau Manukan Sabah (Part 2)

Assalammualaikum semua

Diam tak diam dah seminggu kita berpuasa kan.  
Tentu ramai ibubapa dah menyediakan baju raya untuk anak-anak, cam akak gak kalau tak beli baju baru untuk raya macam tak best jer.

Untuk diri sendiri selalu tak berapa kisah sangat nak tukar, tapi suami akak suruh gak buat baju baru walaupun sehelai ..ikut ajerlah kan :)

Jomlah sambung tenguk gambar kat pulau manukan ni.


Sambungan dari Part 1

Selamat Datang 

Sempat tenguk ikan dalam air laut yang jernih tapi tak sebanyak ikan 
di Pulau Tioman yang pernah akak pergi dulu
Tak ada can nak ambik gambar kat jeti, mereka ni terus ajer jalan ke depan :(
nak masuk ke pulau di sini memang kena bayar...tapi bayar sekali jer ..pastu tak payah
pilih ajer mana nak lepak..tapi sebaiknya bawalah tikar kalau nak lepak kat pasir.  
Kalau tak bawa tikar kenalah sewa
Kami berdua tak mandi pun, anak anak jer yang terjun tapi mereka ni mandi sekejap ajer 
Akak melawat kawasan lah, kat sini ada gak chalet untuk bermalam..googlelah yer
ambik gambar sana sini
peluru lama tinggalan zaman perang
zaman akak dah berlalu, sesuai untuk anak muda jer
jernih kan
Kat bahagian belakang pulau..dekat tempat persalinan dan tandas.  Aduhai tolonglah pihak yang berkenaan ambil tindakan.  

Teruk betullah sebab tandas kotor, tak berflush, boleh di katakan semuanya tak cukup air nak flush..jadi faham ajerlah macam mana keadaannya. Malu dengan pelancung yang datang, kalau di kenakan bayaran pun tak per, janji bersih.
entah apalah di renungkan oleh suami akak ni


Agak ramai termasuk pelancung gak kat sini, al maklumlah hari Sabtu.  
Tempat makan dan minum, taklah mahai sangatpun, cuma mahail 2-3 sahaja..iyer iyer jer pekerja hotel kata makanan kat sini mahal.  Orang islam yang jual, ada buah-buahan dan nasi campur.

Akak iyer iyer jer beli nasi kat Jetty tadi..ishh 

Ada gak orang buat sukaneka 
Lama gak kami lepak sebab janji nak balik dalam pukul 2.00 petang.  Akak borak-borak dengan tour guide yang bawa pelancung dari India.  Dapatlah gak tau kat mana dan apa yang perlu di beli untuk di bawa pulang ke Miri nanti.
Menghirup udara bersih
senyum gembira sebab  tertunai hasrat di hati
 Lama juga nak tunggu pukul 2.00

gembiranya Imran

nasib baik ada tempat duduk kat jeti ni
 Makin lama makin ramai yang pulang

Bot ni ok sebab ada pemegang..bila tiba bot akak tak ada pemegang..aduhai teruk tul boat Aparu ni..akak rasa cam nak terjatuh..dahlah bot beroleng-oleng sebab cuaca tak berapa baik, pastu tak nak tolong penumpang naik..geram betullah
 Cuaca makin gelap..berdebar gak 
 Hujan dah mula turun, risaunya kami semua
Punya laju budak ni bawak...memang kecut perut kami di buatnya..yang depan habis kebasahan
Terjerit-jerit kami dibuatnya..bukan akak sajer..mat dan minah salleh ni pun sama.  Hati berkata bilalah nak sampai..bila nak sampai.  Memang basah kami dibuatnya, nasib baik akak lindung beg dengan jaket keselamatan.  
Alhamdulliah tak ada kejadian yang tak di ingini berlaku..pengalaman yang mengujakan :)

5 ulasan:

  1. huhuhuhuh... pulau manukan is pulau masa g hanimun dulu... beberapa hari lps kawin terus g hanimun kat sini... teringin nak g pulau ni lagi....

    BalasPadam
  2. bestttt...air dia jernihnyaaaa

    BalasPadam
  3. Memang cantik pulau ni. Mgkn sebab kena bayar , sebab tu lebih terjaga kebersihannya.

    BalasPadam
  4. cantiknya permandangan..bila nak jejak sana jugak.. mendebarkan pulak yer hujan2 naik boat..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...