OOO

Isnin, September 22, 2014

Kuah Lodeh

Assalammualaikum semua

Sekarang ni tak kira hari raya ataupun idak, kita boleh merasai keenakkan masakan cam hari raya kata restoran atau warung yang banyak ada di negara kita.  Tak macam dulu, kalau nak rasa juadah camni kena tunggu raya ajer.


Bahan-bahan yang di gunakan tergantung kepada tukang masak, ada yang suka kuah banyak dan isi banyak, ada pula yang tak suka isi banyak tapi kuah lebih. Kena pandai agak agaklah 

Bahan-bahan
  • fucuk dan suhun-rendam dan potong kecil
  • 2 lobak-potong memanjang
  • 1/2 kubis-potong besar
  • 2 keping tempe-goreng
  • 2 keping  tauhu-goreng
  • udang-ikut suka
  • santan-akak masak 1/2kg santan pastu campur 3 cawan air
  • 1 labu bawang besar-hiris halus
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak

bahan-bahan tumis
  • 4 tangkai cili merah-hiris
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 5 ulas bawang merah-tumbuk
  • sedikit ikan bilis-tumbuk
  • 2 batang serai-titik hujung
  • 3 tangkai cili hijau
  • 3 sudu besar cili kisar 
Cara-cara
1.   Panaskan minyak dan  tumis bahan tumbuk bersama serai hingga wangi.
2.   Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau. 
3..  Masukkan udang dan tuangkan santan+air dan bubuh garam.
4.  Biarkan mendidih dan masukkan bahan-bahan lain dan kacau selalu agar tak pecah minyak.
5.  Biarkan sekejap dan baru di tutup api. Jangan lelama tau, nanti sayur tu lembek aka lodoh.

1 ulasan:

  1. Wah, lodeh kak ina ada udang .apa rasa ek bila ada udang..lapar lak tiba2

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...