OOO

Ahad, September 14, 2014

KUEH TEOW GORENG

Assalammualaikum

Cuti sekolah sudah tiba, tapi kesian dengan anak-anak yang mengambil upsr tahun ni yang terpaksa menunggu lagi disebabkan manusia manusia yang berhati durjana.  Tak amanah dengan tanggungjawab membuatkan banyak ibubapa yang meluahkan ketidakpuasan hati disebabkan masalah kebocoran kertas soalan sains dan bahasa inggeris.
Resepi kali ini akak ambil dari SINI disebab jemu dah dengan  Penang Char Kuey Teow ..akak tukar ayam ke udang.  Akak juga tambah telur dan daun kucai..maaf sebab akak edit resepi kamu.

Bahan-bahan :
  • 1 bungkus Kueh Teow (400 gm)
  • 4 ulas bawang merah ~ tumbuk
  • 4 ulas bawang putih ~ tumbuk
  • 4 sudu besar cili boh/ cili kering mesin (boleh adjust sendiri)
  • 1/2 cawan isi udang ~ yang telah dipotong kecil
  • 6 biji bebola ikan ~ dihiris-tak letak
  • 1-2 batang fish cake ~ dihiris-tak letak
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan air-tak letak
  • 200 gm taugeh ~ dibuang ekornya, dibasuh dan ditoskan
  • 1 ikat kecil kucai-potong 1 inci
  • 1 biji telur
  • Minyak jagung/ minyak masak untuk menumis
  • Cili merah atau lada jeruk ~ untuk hiasan dan penambah perisa
  • Asam limau ~ sekiranya suka
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga masak.
  2. Masukkan udang. Gaul sekata. Biar seketika.
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan juga sos cili.  Gaul sekata.
  4. Masukkan kueh teow dan gaul sebati. Rasakan masakan anda. Adjust ikut citarasa dengan menambah kicap, sos cili atau garam.
  5. Akhir sekali masukkan taugeh dan daun kucai berserta telur lalu digaul rata. Jangan lama sangat nanti taugeh lembik. Tutup api.
  6. Hidangkan dengan hirisan cili merah atau cili jeruk dan juga daun bawang. Perahkan asam limau sekiranya suka.

5 ulasan:

  1. kak ina, thanks banyak2 share resepi nie. saya mmg peminat kuey teow goreng. boleh try nanti..hehe..

    BalasPadam
  2. Kueh Teoh goreng dan ada pula cili jeruk menjadi. :-)

    BalasPadam
  3. Alamak sedapnya, skali dah lapar plak lepas tengok resepi ni tak sabar plak nk rase.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...