OOO

Khamis, November 06, 2014

Spaghetti Bolognese Meatball

Assalammualaikum semua


Dah lama tak buat spaghetti meatball, bila Yana datang sini buatlah sebab ramai yang boleh makan.
Bahan Untuk Meatball
500gm daging kisar 
1 biji bawang holland (kuning)
1 keping roti  putih (direndam dalam susu segar/sejat pastu perah dan masukkan dalam daging kisar-chef wan yang ajar)
1 biji telur
1 sudu makan pes tomato (tomato puri)/sos tomato
1 sudu kecil lada hitam (lada sulah)
garam secukupnya

Cara-cara

1.  Masukkan semua bahan ke dalam daging kisar.
2.  Gaul sebati dan bentukkan jadi bebola (suka hati nak besar mana).
3.  Goreng dalam kuali tak melekat dengan sedikit minyak zaitun dan balikkan dan biarkan masak.  
4.  Bila dah masak masukkan ke dalam sos spageti. (kalau nak panggang dalam oven pun boleh)
5.  Masukkan kedalam sos spaghetti bila sos hampir pekat.  Hidangkan bersama spaghetti yang telah di rebus.
Bahan-bahan
  •   1 paket  spageti
  •   500gm daging kisar
  •   1 tin pati tomato (puree)
  •   1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
  •   3 biji bawang putih
  •   2 biji tomato yang besar
  •   4 biji cendawan butang-hiris tipis
  •   1/2 sudu teh oregano
  •   1/2 sudu teh thyme
  •   1/2 sudu teh parsley
  •   garam (ikut citarasa masing-masing)
  •   5 sudu makan tomato sos
  •   2 sudu makan sos cili 
  •   sedikit minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung

Cara Untuk Buat Sos
1. Rebus spaghetti bersama sedikit minyak dan garam sehingga lembut,
 toskan.
2. Potong dadu bawang besar dan bawang putih
3. Tomato di mesin tanpa air.
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5.  Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar tadi. Masukkan garam.
6. Masukkan air sedikit dan biarkan dalam 10 minit.
7. Masukkan  pula tomato puree dan 1 tin air (gunakan tinnya buat penyukat air)
8. Kecilkan api..masukkan oregano, thyme, parsley, cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama spaghetti.



14 ulasan:

  1. Sepertinya rasa dari resep spaghetti ini enak sekali

    BalasPadam
  2. Saya mahukan meat ballnya sahaja. :)

    BalasPadam
  3. Hohohoho.bila nak jemput ke rumah ni

    BalasPadam
  4. jangan kebanyakan nanti panas dalam perut

    BalasPadam
  5. My peberet jugak ni kak Ina..

    Baru tau buat meatball letak roti putih ye..
    Baru pejal meatball tu kan..

    TQ sharing, nanti bebila nak buat refer entry ni :D

    BalasPadam
  6. kalau saya makan ni mesti nak ada sambal... tak berapa suka yg masam2...

    Salam kenal

    BalasPadam
  7. kalau masak nie gerenti licin..rasanya ramai budak suka menu nie. hehe.

    BalasPadam
  8. Salam Kak InaKL, Azzah dah pergi Kuching tempohari hantar anak Azzah ..dia kena posting kat Sarikei, dekat dgn Sibu...dari Kuching kami naik flight ke Sibu then sewa kereta dan drive ke Sarike lebih kurang 1 jam dari Sibu... tempatnya cantik hospital baru lagi ..anak Azzah dapat quarters dalam kawasan hospital ..so tak adalah risau sangat...

    BalasPadam
  9. Mualaikumsalam azzah
    Syukur alhamdulliah anak kamu dapat hospital baru di sarikei.
    Tahniah yer

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...