OOO

Khamis, Mei 14, 2015

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung

Assalammualaikum semua

Duk kat area sini kalau nak makan daging salai ada jual di pasar tani setiap hari minggu. Tak payahlah nak menyalai lagi.

Bahan-bahan
  • 15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 600 gram daging salai
  • 100 gram rebung masam-akak beli RM1.00(basuh dan toskan)
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat-bergantung kepada kepekatan yang di kehendaki..
  • 2 batang serai di titik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun kunyit-disiat
  • 1 asam keping
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam ikut keperluan
Cara-cara

1. Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai dan rebung. 
3. Masukkan santan cair  dan hidupkan api yang sederhana.
 
4. Sentiasa kacau supaya tak pecah santan....bila menggelegak masukkan pula santan pekat.
5. Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit dan asam keping. Tunggu sehingga 10-15 minit.
6. Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.


2 ulasan:

  1. Sedapnya kak...makan dgn nasi panas2 best nie

    BalasPadam
  2. terima kasih puan atas resipi. boleh cuba ni hehe

    btw done follow u, follow mine too :) - Noob

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers