OOO

Jumaat, Julai 10, 2015

Kuih Torak/Tepung Torak

Assalammualaikum semua

Masa balik ke rumah bapa mertua di Segamat, akak singgah kat Pasar Ramadhan nak cari kuih muih.  Bila tenguk kuih ni akak tertarik nak beli.

Mula mula akak ingat burasak..rupanya salah tekaan akak.



Tanya dengan penjual dia kata namanya kuih tepung torak, akak tengu cam kuih pocong pun ada :) sebab berikat kat atas dan bawah cam hantu pocong yang dalam filem tu.

Akak googlelah cara nak buat, wah ada pelbagai cara membuatnya.  Akak tepek jer resepi ni, mana tau satu hari nanti teringin pulak nak membuatnya.

TEPUNG TORAK MYRESIPI

Bahan-bahan ( 10 BIJI )
250gm tepung beras 
300ml santan 
50gm gula 
550ml air 
sedikit garam 
daun pisang secukupnya utk membungkus 

Cara-cara 
1.campurkan semua bahan kecuali daun pisang dan bancuh sehingga sebati. 
2.tapis aduanan dan masak dgn api yang kecil sehingga pekat. 
3.ambil adunan dalam anggaran 2 sudu besar dan bungkus dgn daun pisang seperti membungkus pulut udang.
ulang proses yang sama hingga haibs adunan. 
4.kukus sehingga masak.. 


****************************************************************************


TEPUNG TORAK 

Bahan-Bahan: 
2 cawan tepung beras
1 ½ cawan gula pasir
1 biji kelapa (santan 7 cawan)
½ sudu kecil garam 1 cawan air
2 helai daun pandan
Daun pisang 

Cara: 
Gula pasir, daun pandan & satu cawan air dimasak untuk dijadikan air gula, angkat & tapis. Daun pisang dilayur, potong 5x6 inci. Tepung beras dibancuh dengan santan, masukkan air gula tadi, kacau hingga sebati. Daun pisang digulung dengan rotan, tinggalkan 2 inci dari paras rotan tadi ikat guna tali / benang. Cabut rotan dari daun, tuangkan tepung kedalam kelongsong daun 4 inci tinggi, ikat dengan tali. Jerang air dalam periuk, rebus tepung torak yang sudah siap berbungkus (45 minit). 

Cadangan Hidangan: 
Untuk menghidangkannya, potong bahagian yang berikat & letakkan ke dalam pinggan kuih. 

****************************************************************************

KUIH TORAK 


Bahan-bahannya:
1 kg tepung pulut
1 biji kelapa (diambil santannya)
10 helai daun pandan (ditumbuk dan ambil airnya)
500 gram gula
secubit garam


Cara-cara membuatnya:
1- Campurkan tepung, gula, santan, air daun pandan dan garam. Kacau hingga sebati.
2- Selepas itu, tuangkan adunan perlahan-lahan kedalam daun pisang dan ikat kuat dengan tali rafia hingga 
habis.
3- Akhir sekali masukkan ke dalam air mendidih dan rebus selama 10 minit


*****************************************************************************************

2 ulasan:

  1. Salam...saya pula jumpa kuih ni di Kg Blanja, Parit....pertama kali jumpa masa bulan puasa ni...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...