OOO

Ahad, Julai 12, 2015

Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips Sedap

Assalammualaikum dan salam Ramadan

Tak beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya, akak baru sempat nak buat kukis sebab kena balik Gombak sebab oven besar ada kat sini.  Pernah cuba guna oven kecik kat umah Sepang, ishhh tak sanggup nak menunggu lama kemain nak siap.

Resepi asal dari Cookingclassy.com..akak ambik resepi dari blog Kak Wan tapi akak tokok tambah sikit bahannya.

Bahan2
200 gm mentega
30 gm shortening
110 gm gula castor
110gm gula perang
1 biji telur gred A
150gm tepung gandum
150gm tepung Redrose
20 gm serbuk koko
50 gm tepung jagung
3/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk pewarna merah (bright red)
100 gm coklat chips putih 
100 gm badam nibs
Hiasan: Coklat chips putih secukupnya 

Caranya
1. Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna. Putar hingga rata dan sebati.
2. Ayak tepung, serbuk koko, baking soda dan garam. Masukkan coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit adunan dan tekan dengan beberapa biji coklat chips di atasnya. Jarakkan biskut kerana ianya akan mengembang.
4. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.
5. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Akak alas dengan kertas minyak.

2 ulasan:

  1. Sedapnya kak..kebetulan saya suka betul kek red velvet,..ni biskutnya mesti suka juga ni :)

    BalasPadam
  2. wow!! banyak kuih raya akak buat tahun ni?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...